Kerja naik taraf Hospital Segamat bermula hujung tahun ini

SEGAMAT – Kerja-kerja menaiktaraf Hospital Daerah Segamat (HDS) melibatkan fasa pertama dijangka akan bermula hujung tahun ini selepas proses pemilihan kontraktor yang layak dibuat oleh Kementerian Kesihatan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, untuk kerja-kerja fasa pertama, peruntukan sebanyak RM90.5 juta telah diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). “Mungkin kita akan … Read more

Ibu tunggal bercadang ambilkan lesen motosikal anak guna wang pengurusan jenazah Perkeso

LABIS – Kesedihan seorang ibu tunggal di Felda Redong di sini yang kehilangan suami sebulan lalu sedikit terubat selepas menerima wang pengurusan jenazah Perkeso sebanyak RM 1,500 baru-baru ini. Noryati Ismail,41, berkata, selain berhasrat untuk mengadakan majlis tahlil arwah suaminya, Hussin Selamat yang meninggal dunia selepas terjatuh di atas lif pemunggah barang bulan lepas, dia … Read more

Duta Ubat bantu jayakan kempen pemulangan ubat yang tidak digunakan

SEGAMAT – Langkah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mewujudkan duta ubat dalam kalangan pemimpin masyarakat di setiap daerah dapat membantu kejayaan Kempen Pemulangan Ubat yang tidak digunakan kepada pihak farmasi hospital di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, disetiap daerah terdapat beberapa orang duta ubat yang … Read more

Lemari Barokah bantu golongan memerlukan

LABIS – Sebut sahaja barang percuma, siapa yang mendengarnya pasti akan teruja apatah lagi dengan peningkatan harga barang ketika ini perkataan ‘percuma’ itu mampu memberi kelegaan kepada mereka yang memerlukan. Justeru, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Labis muncul dengan inisiatif untuk membantu golongan asnaf dengan menyediakan barangan keperluan harian secara percuma melalui ‘Lemari … Read more

Harap pembinaan jalan tingkat ekonomi

LABIS – Kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan bermula dari Kampung Desa Temu Jodoh-Kampung Kwongsai sejauh 40 kilometer bermula bulan Julai ini diharap mampu meningkatkan ekonomi serta pembangunan di kawasan Parlimen Labis apabila siap kelak. Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, projek tersebut juga membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap sebarang masalah yang dihadapi oleh … Read more

JKNJ nafi putus bekalan ubat

LABIS – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKMJ) menafikan dakwaan orang ramai kononnya Klinik Kesihatan Kecil Chaah tiada bekalan ubat menyebabkan mereka yang datang mendapat rawatan tidak dibekalkan ubat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, siasatan yang dijalankan mendapati, apa yang berlaku adalah tiada bekalan ubat tertentu yang dikatogerikan daripada ubat … Read more

Segamat daerah perintis projek CMA

LABIS – Daerah Segamat melakar sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai projek perintis menggunakan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) bagi projek membina semula Jalan Persekutuan dari Kampung Desa Temu Jodoh ke Kampung Kwong Sai, di sini. Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, projek membina semula jalan tersebut menelan kos RM92.5 juta melibatkan jarak 40 … Read more

500 penjawat awam Segamat lafaz Ikrar Bebas Rasuah

SEGAMAT – Kira-kira 500 penjawat awam daerah ini melakar sejarah apabila menjadi pusat pentadbiran kerajaan pertama di Johor menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan lima agensi kerajaan di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, di sini, baru-baru ini. Ikrar dan majlis menandatangani IBR itu diketuai Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad pada satu majlis khas … Read more

Masjid Chaah perlukan sumbangan orang ramai

LABIS – Pihak pengurusan Masjid Chaah, di sini, memerlukan sumbangan orang ramai dan badan korporat bagi mengisi dana tabung wakaf akhirat yang diwujudkan bertujuan membeli sebidang tanah bersebelahan masjid tersebut. Pengerusi masjid, Sukaimi Boyamin, 62, berkata, pihak pengurusan masjid tersebut telah bersetuju untuk membeli tanah itu yang berkeluasan 32,000 kaki dengan harga RM564,000 seperti yang … Read more

Bilik refleksolgi pertama PPKI di Segamat

SEGAMAT – Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paduka Tuan, di sini, menjadi sekolah pertama di daerah ini yang mewujudkan bilik refleksologi kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK). Pengetuanya, A Balakrishnan berkata, kewujudan bilik refleksologi ini juga memenuhi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas sekaligus memberi peluang pelajar pendidikan khas menceburi bidang … Read more

Tangga batu Kampung Paya Dalam tinggal tanda tanya

SEGAMAT – Bagi pengguna jalan raya atau penduduk setempat yang melalui Jalan Segamat-Muar, pandangan mata mereka pasti akan tertumpu kepada tangga tinggi yang menaiki bukit yang terletak di Kampung Paya Dalam, di sini. Malahan orang luar yang sering melalui jalan raya ini juga mengagumi dan tertanya-tanya mengenai tangga batu tersebut di kampung yang terletak kira-kira … Read more

PHMS mula operasi

SEGAMAT – Bangunan baharu tujuh tingkat milik Wisma Pertubuhan Hemodialisis Muhibbah Segamat (PHMS) di Bandar IOI, di sini, telah memulakan operasinya pada awal tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pusat hemodialisis yang terdapat di negeri ini juga sepatutnya mencontohi PHMS dalam memberikan servis dan perkhidmatan kepada setiap pesakitnya. “Ini kerana kos … Read more

Cari ibu kandung anak angkat

SEGAMAT – Sepasang suami isteri di Kampung Jawa, di sini, meminta orang ramai mencari ibu kandung anak angkatnya bagi memudahkan mereka menguruskan proses mengambil anak angkat. Zulkifli Yusof, 37, berkata, anak angkatnya, Nur Qhalisha Adhwa, 4, diambil sebagai anak angkat ketika kanak-kanak itu berumur empat hari lagi dan diserahkan oleh ibunya sendiri, Syafrina Ledisumsi yang … Read more

Hilang tempat bergantung

SEGAMAT – Seorang isteri di Felda Redong, di sini, kehilangan tempat bergantung apabila suaminya meninggal dunia selepas terjatuh di atas lif pemunggah barang dalam kejadian di Jalan Chia Chin Koon, di sini, baru-baru ini. Noryati Ismail, 41, berkata, dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi, arwah suaminya, Husin Selamat, 44, dikatakan tergelincir dari tingkat satu tempat kerjanya … Read more

Selami kehidupan novelis

SEGAMAT – Seramai 80 mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpeluang menyelami kehidupan sebenar penulis novel ‘Senjakala’ ketika mengikuti Program Kepengarangan Baharudin Kahar, baru-baru ini. Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Kesusteraan Melayu UPSI, Dr Ghazali Din berkata, pelajar bukan sahaja berpeluang bersua muka, malah turut berpeluang menimba ilmu penulisan kreatif daripada … Read more

Enam penunggang basikal lajak ditahan

SEGAMAT – Polis daerah ini menahan enam kanak-kanak dan remaja lelaki berusia antara 10 hingga 15 tahun terbabit dengan aktiviti menunggang basikal lajak di Kilometer 6 Kampung Jawa-Felda Medoi, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, kesemua penunggang basikal lajak itu ditahan sewaktu rondaan cegah jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah … Read more

Semarak Jawi lahirkan masyarakat celik jawi

SEGAMAT – Biarpun penggunaan tulisan jawi tidak lagi digunakan secara meluas pada masa kini, namun ia tidak memberi gambaran bahawa tulisan yang sinonim dengan masyarakat Malayu di Nusantara itu sudah dipinggirkan. Bukti tulisan jawi tidak dipinggirkan dapat dilihat dengan jelas melalui penyertaan menggalakkan orang ramai setiap kali penganjuran program Semarak Jawi oleh Johor Corporation (JCorp) … Read more

Warga emas harap suami untuk urus diri

LABIS – Seorang warga emas di Felda Maokil, di sini, terpaksa mengharapkan bantuan suaminya untuk bergerak dan menguruskan diri selepas menghidap penyakit strok kira-kira 21 tahun lalu. Tumirah Rahmat, 65, berkata, segala urusan harian di rumahnya juga terpaksa diserahkan kepada suaminya, Amat Mentol, 65, termasuk memasak dan memandikannya ekoran dia tidak boleh bergerak. “Penyakit strok … Read more

Tukar minyak hitam motosikal percuma

SEGAMAT – Sebanyak 200 pemilik motosikal dikalangan remaja dan belia tidak melepaskan peluang menukar minyak hitam motosikal percuma anjuran Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) Dun Kemelah, baru-b aru ini. Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, program kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti (SRCC) Parlimen Sekijang itu juga bertujuan membantu penunggang motosikal dengan meringankan sedikit beban kos … Read more

120 atlet sertai Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan

SEGAMAT – Seramai 120 atlet mewakili 14 Persatuan Angkat Berat Negeri dibawah Ahli Gabungan Persekutuan Angkat Berat Malaysia menyertai Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Kali Kedua di Dewan Jubli Intan Segamat, di sini, mulai 29 April hingga 1 Mei lalu. Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat berkata, kejohanan ini adalah anjuran bersama … Read more

Bapa 6 anak derita sakit saraf

LABIS – Penderitaan seorang bapa enam anak di Pekan Air Panas, di sini, yang hilang upaya untuk berjalan selepas menghidap sakit saraf mendapat perhatian baru-baru ini. Mohd Noh Alias , 55, berkata, dia mengalami kesukaran untuk berjalan apabila deria rasa kakinya kian menurun sejak setahun lalu selepas disahkan oleh doktor mengalami masalah saraf, namun keadaannya … Read more

CP bantu polis perangi jenayah

SEGAMAT – Polis daerah ini perlu mempergiatkan lagi kempen dalam usaha menarik lebih ramai anggota masyarakat menjadi ahli Komuniti Kepolisan (CP) dan pada masa sama membantu polis memerangi jenayah. Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, CP ini terbukti menjadi salah satu medium yang paling berkesan mengurangkan kadar jenayah dengan kemampuan ahli-ahlinya menyalurkan maklumat setiap … Read more

Ambil peluang sebagai daerah pertanian

SEGAMAT – Penduduk di daerah ini khususnya mereka yang terlibat dalam bidang pertanian dan perladangan diminta mengambil peluang usaha kerajaan negeri dalam menjadikan Segamat sebagai daerah pertanian dan agro-pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, Segamat merupakan lokasi yang ideal bagi para usahawan industri asas tani (IAT) dan … Read more

Terima faedah Perkeso selepas 2 tahun kematian suami

SEGAMAT – Seorang ibu tunggal di Felda Pemanis 2 di sini tidak menyangka dia layak menerima wang faedah pengurusan mayat dan pencen penakat selepas dua tahun suaminya meninggal dunia. Nasimah A. Bakar, 46 berkata, dia yang tidak mengetahui faedah yang disediakan oleh Perkeso tidak merujuk di pejabat Perkeso selepas suaminya, Aznezul Abd Aziz meninggal dunia … Read more

JPNJ pantau pelajar terlibat kongsi gelap

SEGAMAT – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah diarah untuk menyiasat serta mengenalpasti pelajar sekolah di negeri ini yang terlibat dengan kegiatan geng kongsi gelap bagi membolehkan tindakan susulan diambil. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, walaupun tiada sebarang kes dilaporkan di negeri ini, namun langkah pencegahan tetap … Read more

Nafas tumpu rantaian perniagaan dalam lingkungan

SEGAMAT – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan menumpukan perniagaan dalam lingkungan iaitu menggalakan perniagaan dalam kalangan ahli 278 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negara ini. Pengerusinya, Datuk Seri Saipolbahri Suib berkata, setiap PPK juga mempunyai rantaian perniagaannya tersendiri serta mengeluarkan produk pertanian untuk dipasarkan dan di negeri Johor sahaja kita mempunyai 29 PPK. “Selain itu, … Read more

JKKK perlu bekerjasama memajukan kampung

SEGAMAT – Ahli jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di daerah ini perlu bekerjasama untuk memperkasa dan memantapkan lagi kredibiliti mereka sebagai nadi utama serta tulang belakang kemajuan kampung. Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, inisiatif ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan melalui Strategi Lautan Biru (NBOS) iaitu mentransformasikan JKKK sebagai agen perubahan. “Beberapa usaha … Read more

Kekurangan guru sekolah agama perlu diatasi

SEGAMAT – Masalah kekurangan guru di sekolah agama di negeri ini khususnya di daerah Segamat yang kian meruncing perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan masalah murid keciciran pelajaran. Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama ( Baksis) Segamat, Hashim Mohamad Kalang berkata, masalah kekurangan guru di sekolah agama bukan isu baru, sebaliknya sudah berlarutan sejak lebih lima tahun … Read more

Penduduk lima perkampungan Orang Asli Bekok desak tingkatkan perkhidmatan jalur lebar

LABIS – Penduduk di lima perkampungan Orang Asli dan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kudong, di sini, menggesa kerajaan agar mempertingkatkan kemudahan komunikasi dan jalur lebar di kawasan berkenaan. Guru Besar SK Kampung Kudong, Datuk Rusdin Mahamud berkata, dengan adanya kemudahan tersebut, penduduk kampung serta warga sekolah mudah berhubung dengan dunia luar khususnya berkaitan dengan … Read more

Saudara baru diberi perhatian berterusan

LABIS – Akidah saudara baharu dalam kalangan masyarakat orang Asli di sini tidak pernah diabaikan, malah sentiasa dipantau dan dibimbing oleh pegawai daripada Pejabat Kadi Daerah secara berterusan. Penyelaras Bahagian Orang Asli, Skuad Prihatin Pejabat Kadi Daerah Segamat, Mohd Amin Aini berkata, pihaknya akan melawat ke perkampungan orang Asli yang terdapat di daerah ini secara … Read more

Wujudkan subjek Perlembagaan di sekolah

SEGAMAT – Kecenderungan pelbagai pihak mempertikaikan kedudukan raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam kebelakangan ini membuktikan ada di antara rakyat negara ini yang tidak memahami kandungan Perlembagaan Persekutuan. Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang bertulis tertinggi di negara ini mesti difahami dan dihayati semua yang bergelar … Read more

168 pekebun kecil terima wang ihsan banjir

LABIS – Kesedihan dan kerugian yang dialami lebih 168 pekebun kecil di Parlimen Labis ketika banjir pada Januari lalu sedikit terubat apabila mereka menerima wang ihsan banjir daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (Risda). Seorang pekebun, Mohd Yusuf Paid, 53, berkata, wang yang diterima walaupun bukan dalam jumlah yang besar baginya mampu … Read more

Mara terus bantu golongan bumiputera

SEGAMAT – Majlis Amanah Rakyat (Mara) disaran supaya terus membantu golongan bumiputera sama ada pelajar dan usahawan di negara ini secara konsisten agar terus mampu memberikan saingan ke arah kejayaan. Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, ini kerana usaha untuk membantu usahawan dan pelajar bumiputera merupakan tanggungjawab sosial agensi tersebut dalam memastikan golongan ini … Read more

Warga emas tinggal seorang diri dibantu

SEGAMAT – Nasib seorang warga emas yang tinggal seorang diri di sebuah rumah di Kampung Sepinang, di sini, mendapat perhatian Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Segamat, baru-baru ini. Isa Md Diah, 74, berkata, dia yang tinggal seorang diri di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) itu juga tidak mempunyai … Read more

Berjalan 3 km untuk besarkan tiga cucu

LABIS – Seorang nenek di Taman Suria, di sini, terpaksa tabah membesarkan tiga cucunya dengan kudratnya sendiri selepas anak dan menantunya menghilangkan diri sejak beberapa tahun lalu. Normah Asinar, 61, berkata, dia juga terpaksa bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah pasar raya di Pekan Labis untuk menyara tiga cucunya, Mohamad Zainawi Abdullah, 14; Mohamad Syawal … Read more

JPJ keluar 126 saman dalam operasi bersepadu

SEGAMAT – Sebanyak 126 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang Operasi Bersepadu Pengarah JPJ Negeri Johor di sekitar daerah ini selama dua hari baru-baru ini. Pengarah JPJ Johor, Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi itu diadakan di 10 lokasi di antaranya di Jalan Genuang, jalan susur ke Syarikat Air Johor (SAJH) Segamat dan … Read more

JPJ ke sekolah bukan untuk saman

SEGAMAT – Program Keselamatan dan Penguatkuasaan Terhadap Pelajar Sekolah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bukan bertujuan menyaman pelajar, sebaliknya lebih bertujuan untuk mendidik dan advokasi. Pengarah JPJ negeri Johor, Mohd Rosdi Mohd Darus berkata, pihaknya hanya akan mengeluarkan Notis 114 iaitu arahan temu siasat kepada pemilik motosikal bagi membolehkan pemeriksaan lanjut serta memberi nasihat kepada … Read more

Jangan malu ada anak autisme

SEGAMAT – Ibu bapa di negeri ini yang mempunyai anak autisme seharusnya tampil kehadapan bagi membolehkan anak mereka diberi rawatan dan pendidikan khusus selaras dengan penyakit yang dihidapi oleh mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ini kerana beliau mendapati ada di antara ibu bapa penghidap autisme yang … Read more

Kumpul data penerima PGU

SEGAMAT –Jabatan Pertanian Negeri Johor disarankan agar mengumpul data dan maklumat terkini para penerima bantuan di bawah Program Galakan Usahawan (PGU) bagi memudahkan kerajaan negeri melihat keberkesanan program tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ini kerana kerajaan negeri mahu melihat status para penerima bantuan tersebut. “Program ini … Read more

Tiada alasan untuk hantar anak ke sekolah agama

LABIS – Peluang untuk belajar bidang agama terbuka luas khususnya di negeri Johor dan alasan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah agama kerana tidak mempunyai silibus akademik yang kukuh tidak boleh diterima. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, beliau mahu masyarakat terutama ibu bapa mengikis tanggapan bahawa sekolah agama sebagai pendidikan kelas kedua berbanding sekolah … Read more

Keluarga mangsa lemas terima wang khairat kematian

SEGAMAT – Seorang anak di Kampung Mensudut Lama, di sini, tidak menyangka akan menerima wang tabung khairat kematian dari Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) selepas kematian bapanya, 24 Januari lalu. Mohd Azmi Tarmin, 23, berkata, arwah bapanya, Tarmin Katiman, 58, meninggal dunia akibat lemas apabila motosikal yang ditungganginya dihanyutkan arus deras ketika … Read more

Pengorbanan bapa ajar mengaji membuahkan hasil

LABIS – Usaha seorang bapa di Kampung Tenang, di sini, mendidik anak sulungnya mengaji Al-Quran sejak berusua lima tahun berbaloi selepas anaknya berjaya meraih naib johan qariah pertandingan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan di Air Keroh Melaka, baru-baru ini. Jaafar Ibrahim, 67, berkata, anaknya, Nur Ruzana Natiah, 34, juga sempat menghubungi dia dan isterinya, Raniah Asari, … Read more

Jangan malu dapatkan rawatan kemurungan

SEGAMAT – Orang ramai dinasihatkan buang perasaan malu bagi mendapatkan rawatan awal sekiranya mengalami masalah kemurungan atau tekanan. ADUN Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan telah menggantikan penyakit jantung sebagai penyakit utama yang membawa ketidakupayaan terbesar di dunia. “Kemurungan ini penyakit yang membawa beban kerana memerlukan kos rawatan yang … Read more

Pemohon RMR dan ketua kampung perlu kenal kontraktor

SEGAMAT – Bagi mengelakkan kontraktor yang dilantik oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) gagal menyiapkanRumah Mesra Rakyat (RMR) di kawasan Dun Buloh Kasap, satu kaedah telah diperkenalkan bagi memastikan masalah tersebut tidak berulang. Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, langkah tersebut adalah dengan memperkenalkan setiap kontraktor yang dilantik untuk membina RMR dengan para pemohon yang … Read more

14 usahawan tani terima bantuan

SEGAMAT – Seramai 14 usahawan tani di Dun Buloh Kasap menerima bantuan tanaman dan peralatan pertanian di bawah Program Bantuan Usahawan (PGU) dari Jabatan Pertanian Segamat. Pegawai Pertanian Daerah Segamat, Nor Akmal Abdullah berkata, pemberian tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Jabatan Pertanian untuk membantu usahawan tani serta petani mengusakan projek bagi menambah pendapatan … Read more

Hargai jasa polis

SEGAMAT – Orang ramai diminta supaya sentiasa menghargai pengorbanan pasukan polis dalam usaha memastikan negara terus berada di dalam keadaan aman dan tenteram. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, beliau yakin tanpa jaminan keselamatan tidak mungkin agenda pembangunan di negara ini dapat dilakukan dengan sempurna. “Lihat sahaja apa … Read more

Ditahan ketika sogok anggota polis

SEGAMAT – Tindakan seorang lelaki yang disyaki seorang penagih dadah di Bekok, di sini, yang cuba merasuah anggota polis ketika ditahan untuk pemeriksaan membawa padah kepadanya apabila ditangkap kira-kira pukul 2.30 pagi, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritenden Raub Selamat berkata, suspek yang berumur 50 tahun itu ditahan oleh anggota dari Balai Polis Bekok … Read more

Mahu penglibatan penduduk setempat jadi Rakan Taman

SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) meminta penduduk di sekitar kawasan pentadbirannya menjadi ahli Rakan Taman agar masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat dalam penjagaan kawasan persekitaran. Yang Dipertuanya, Miswan Yunos berkata, Rakan Taman ini merupakan program kesukarelawan bagi menggalakkan masyarakat memelihara, menjaga keindahan dan kebersihan lanskap serta taman di kawasan kejiranan mereka. “Mereka … Read more

Kemiskinan bukan penghalang kejayaan

SEGAMAT – Kemiskinan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi kerana kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan kemudahan kepada pelajar golongan berpendapatan rendah. Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera, Proffesor Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, rakyat negara ini perlu bersyukur dengan pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh kerajaan … Read more

Cukuplah kehadiran kami pernah dirasai

SEGAMAT – Sewaktu era kegemilangan muzik rock pada tahun 1980-an telah menyaksikan banyak penubuhan kumpulan muzik yang memainkan genre muzik tersebut sehingga telah menjadi satu era yang sungguh menarik dalam sejarah seni muzik popular tanah air. Era itu telah menyaksikan betapa gamatnya seni muzik tanah air dengan alunan lagu-lagu rock ekoran kemunculan beberapa kumpulan muzik … Read more