Tangga batu Kampung Paya Dalam tinggal tanda tanya

SEGAMAT – Bagi pengguna jalan raya atau penduduk setempat yang melalui Jalan Segamat-Muar, pandangan mata mereka pasti akan tertumpu kepada tangga tinggi yang menaiki bukit yang terletak di Kampung Paya Dalam, di sini. Malahan orang luar yang sering melalui jalan raya ini juga mengagumi dan tertanya-tanya mengenai tangga batu tersebut di kampung yang terletak kira-kira … Read more

Kisah disebalik Dataran Segamat

Sejarah Padang Besar Segamat bermulanya pada tahun 1910 apabila laluan keretapi siap dibina di Segamat. Pada sekitar tahun 1930 Bandar Segamat mula mencapai kemajuan yang setanding dengan daerah-daerah di Johor. Sebelum Jepun masuk ke Tanah Malayu, di Segamat selalu mengadakan temasya berjoget di Padang Besar terutamanya ketika menyambut Hari Keputeraan Sultan Ibrahim dan juga menyambut … Read more

Meriam ‘Keramat’ Masjid Makam Lubok Batu

Cerita mengenai Bendahara Tepok atau juga dikenali sebagai Bendahara Lubok Batu tidak asing lagi bagi warga Segamat namun misteri cerita dan mitos sentiasa menjadi bualan sehingga kini. Ramai yang tidak mengetahui bahawa meriam yang dijumpai pada tahun 80an di bawah tapak Masjid Makam Lubok Batu kini dijaga dan disimpan rapi oleh pihak Muzium Melaka. Apabila kita menceritakan … Read more

Segamat Pada Tahun 1917

Segamat berasal dari beberapa buah kampung yang terletak di tebing Sungai Segamat dengan pembinaan stesen dan jalan keretapi serta kehadiran ladang-ladang getah, bandar Segamat telah dapat dimajukan. Pertambahan penduduk dan kegiatan pertanian menyebabkan Segamat terpaksa dipisahkan dari pentadbiran Muar. Pada tahun 1917 beberapa pejabat kerajaan sudah pun didirikan di Segamat. Antaranya ialah Pejabat Pegawai Daerah, Mahkamah, … Read more

Rumah Limas Penghulu Semin

SENIBINA RUMAH LIMAS PENGHULU SEMIN KAMPUNG GELANG CHINCHIN, SEGAMAT Sejarah Segamat kurang ditekankan atau difokuskan dalam senibina rumah-rumah Melayu. Majoriti rumah-rumah Melayu di daerah Segamat bercirikan rekabentuk Rumah Limas. Ini kerana sebelum berlaku perang dunia kedua, rumah-rumah limas di Segamat adalah paling termasyur. Hanya orang-orang yang berjawatan tinggi saja yang dibina bercirikan rumah-rumah limas. Terdapat … Read more

Kedai Bawah Pokok, Segamat

Apabila bercerita mengenai bandar Segamat dari perspektif nostalgianya, kebiasaannya orang Segamat akan mengaitkan kedai dibawah pokok sehingga ia dikenali sebagai Kedai Bawah Pokok. Kedai Bawah Pokok juga dikenali sehingga ke Johor Bahru. Pada ketika itu di Johor Bahru telah pesat membangun menyebabkan orang-orang di Johor Bahru merasakan ianya satu keunikan di Segamat. Lokasi kedai tersebut … Read more