Rumah Terengganu di Segamat penuh sejarah

SEGAMAT – Rumah Bujang Berserambi Terangganu yang sangat unik mempunyai sejarahnya yang tersendiri terletak di Kampung Tonjos, Mukim Jabi, di sini, kira-kira lima kilometer dari bandar Segamat. Rumah ini dimiliki oleh Allahyarham Haji Mohd Yassin Salleh dan kampung ini juga telah dibuka oleh bapa dan datuknya serta beberapa orang lagi yang menerokainya sehingga ke kawasan … Read more

Segamat Pada Tahun 1917

Segamat berasal dari beberapa buah kampung yang terletak di tebing Sungai Segamat dengan pembinaan stesen dan jalan keretapi serta kehadiran ladang-ladang getah, bandar Segamat telah dapat dimajukan. Pertambahan penduduk dan kegiatan pertanian menyebabkan Segamat terpaksa dipisahkan dari pentadbiran Muar. Pada tahun 1917 beberapa pejabat kerajaan sudah pun didirikan di Segamat. Antaranya ialah Pejabat Pegawai Daerah, Mahkamah, … Read more

Rumah Limas Penghulu Semin

SENIBINA RUMAH LIMAS PENGHULU SEMIN KAMPUNG GELANG CHINCHIN, SEGAMAT Sejarah Segamat kurang ditekankan atau difokuskan dalam senibina rumah-rumah Melayu. Majoriti rumah-rumah Melayu di daerah Segamat bercirikan rekabentuk Rumah Limas. Ini kerana sebelum berlaku perang dunia kedua, rumah-rumah limas di Segamat adalah paling termasyur. Hanya orang-orang yang berjawatan tinggi saja yang dibina bercirikan rumah-rumah limas. Terdapat … Read more

Kampung Tenang simpan banyak sejarah

LABIS – Setiap kampung di daerah Segamat mempunyai pelbagai cerita menarik sama ada cerita benar mahupun yang berunsur mitos dan salah satu kampung yang mempunyai sejarah  tersendiri ialah Kampung Tenang. Kampung Tenang yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Pekan Labis merupakan sebuah kampung tradisional yang masih mengekalkan kawasan penempatan secara warisian oleh masyarakat Melayu dan mempunyai ciri-ciri … Read more

Kedai Bawah Pokok, Segamat

Apabila bercerita mengenai bandar Segamat dari perspektif nostalgianya, kebiasaannya orang Segamat akan mengaitkan kedai dibawah pokok sehingga ia dikenali sebagai Kedai Bawah Pokok. Kedai Bawah Pokok juga dikenali sehingga ke Johor Bahru. Pada ketika itu di Johor Bahru telah pesat membangun menyebabkan orang-orang di Johor Bahru merasakan ianya satu keunikan di Segamat. Lokasi kedai tersebut … Read more

Asal usul Kampung Sepinang, Segamat

SEGAMAT – Kampung Sepinang yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari bandar Segamat merupakan sebuah kampung tradisional yang masih mengekalkan kawasan penempatan secara warisian oleh masyarakat Melayu  dan mempunyai ciri-ciri Melayu dalam seni binanya. Ketua kampungnya, Mohd Taher Ibrahim, 68, berkata,  berdasarkan cerita orang-orang tua terdahulu, Kampung Sepinangtelah dibuka kira-kira 300 tahun dahulu dan telah diterokai … Read more

Keunikan dan sejarah Kampung Desa Temu Jodoh

SEGAMAT – Pengunjung yang pertama kali datang ke daerah Segamat melalui pekan Yong Peng pasti akan menoleh untuk kali kedua apabila melintasi Kampung Desa Temu Jodoh, Chaah, dekat sini, disebabkan oleh keunikan namanya. Perkampungan yang dibuka kira-kira 30 tahun lalu itu terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Yong Peng, Batu Pahat dan 60 km … Read more

Kampung Gudang Garam Penuh Sejarah

SEGAMAT – Sekiranya kita mendengar atau melihat perkataan Gudang Garam, pastinya akan teringat kepada rokok kretek buatan Indonesia yang termasyhur. Namun sayang, kita tidak akan bertemu sebuah kilang atau gudang rokok di daerah ini sebaliknya sebuah kampung yang indah. Terbitnya nama Kampung Gudang garam mempunyai variasinya tersendiri. Variasi pertama, kampung tersebut dikatakan dinamakan oleh sekumpulan … Read more

Sejarah Segamat

Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar “Daerah Lagenda”. Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera … Read more