Rezeki durian Segamat

SEGAMAT – Daerah Segamat sememangnya terkenal di negeri Johor sebagai salah sebuah lokasi pengeluaran durian dan setiap kali musim durian tiba, daerah ini biasanya menjadi tumpuan pengunjung terutamanya peminat buah-buahan tersebut. Apa yang menariknya, musim buah yang tiba sekali setahun ini mempunyai cerita di sebaliknya apabila ‘raja buah’ itu ternyata memenuhi ruang gerai buah-buahan berbanding … Read more

Rumah Terengganu di Segamat penuh sejarah

SEGAMAT – Rumah Bujang Berserambi Terangganu yang sangat unik mempunyai sejarahnya yang tersendiri terletak di Kampung Tonjos, Mukim Jabi, di sini, kira-kira lima kilometer dari bandar Segamat. Rumah ini dimiliki oleh Allahyarham Haji Mohd Yassin Salleh dan kampung ini juga telah dibuka oleh bapa dan datuknya serta beberapa orang lagi yang menerokainya sehingga ke kawasan … Read more

Sukar cari buluh lemang

LABIS 12 Jun – Mungkin ramai yang mampu menahan bahang api ketika membakar lemang, namun tidak ramai yang mampu meredah hutan mencari buluh yang merupakan bahan terpenting untuk membuat lemang. Selain berdepan ancaman pelbagai haiwan berbisa seperti ular yang gemar mendiami rumpun buluh, pencari buluh lemang ada kalanya turut berdepan ancaman haiwan lain seperti gajah. … Read more

Bazar beri peluang tambah pendapatan

SEGAMAT – Ramadan diibaratkan pintu rezeki apabila ramai peniaga mengambil kesempatan melipatgandakan keuntungan mereka dengan berniaga di bazar sementara sama ada di Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri. Bagaikan satu tradisi apabila orang ramai mula mengambil peluang mengunjungi dua lokasi tersebut sama ada bagi membeli juadah berbuka puasa atau barangan keperluan bagi menyambut hari lebaran. Baik … Read more

Pelita raya dan panjut bateri lebih mudah dan jimat

LABIS – Selepas pelita raya bateri buatannya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada musim raya tahun lepas, seorang makanik di Pekan Air Panas menghasilkan panjut yang menggunakan kuasa bateri pula. Juraimi Palal,48, berkata, dia mendapat ilham mencipta pelita raya bateri pada tahun lepas selepas mendapati suasana hari raya suram ekoran tidak ramai yang berminat … Read more

Daripada belukar ke pusat rekreasi

SEGAMAT–Tiada siapa yang menyangka Taman Rekreasi Sungai Kapeh, di sini, yang penuh dengan pelbagai aktiviti rekreasi pada waktu petang dan hujung minggu dahulunya merupakan kawasan belukar dan sungai mati. Bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh Majlis Daerah Segamat (MDS) untuk membangunkan kawasan tersebut kira-kira 10 tahun lalu berjaya memberi nafas baharu sekaligus menjadi salah satu lokasi … Read more

Dua sahabat obses kumpul syiling dan wang kertas lama

SEGAMAT – Sebut sahaja wang lama, mungkin ada segelintir masyarakat berpendapat ia tidak bernilai langsung, tetapi bagi mereka yang obses dengan syiling dan wang kertas lama tentunya mempunyai tanggapan berbeza. Hobi mengumpul syiling dan wang kertas lama sebagai koleksi juga bukan semudah yang disangka kerana banyak ciri yang perlu diambil kira terutama keadaan fizikal wang … Read more

Bekok bukan lagi ‘pekan koboi’

LABIS – Sebut sahaja Bekok, semua orang terutamanya rakyat di negeri Johor ini pasti segera terbayangkan kesejukan Air Terjun Sungai Bantang dan keindahan Taman Negara Endau Rompin-Selai yang terletak berhampiran pekan kecil di Bekok. Dahulu, Bekok sering dilabel sebagai ‘pekan koboi’ kerana terpinggir daripada arus pembangunan selain terletak kira-kira 64 kilometer dari bandar Segamat kini … Read more

Sungai Bantang meriah ketika cuti sekolah

LABIS – Bagi pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, di sini, kejernihan dan kesejukan air terjunnya pasti memukau sesiapa sahaja yang mencintai unsur-unsur alam yang membawa kedamaian. Tambahan pula, keindahan alam semulajadi termasuk kekayaan flora dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut mampu menerbitkan kedamaian dan ketenangan hati kepada … Read more