Bekas SC pernah kerja sebagai tukang tulis komunis

LABIS – Disebalik kedamaian dan keharmonian yang dikecapi ketika ini sebenarnya tercatat sejarah silam yang terlalu pahit untuk dikenang apabila nikmat kemerdekaan yang ada pada hari ini sebenarnya dibayar dengan harga yang terlalu mahal. Pengalaman hidup di zaman darurat dan keganasan komunis juga sukar untuk dilupakan malah menyeksakan apabila ada penduduk di Tanah Melayu ketika … Read more

Blade Sport sukan baharu

SEGAMAT – Aksi tangkas sekumpulan lelaki memotong botol yang dipenuhi air dengan sekali hayunan menggunakan pisau dan parang serta beberapa lagi aksi mencabar berjaya memukau peminat sukan ekstrim. Sukan ‘Blade Sport’ ini walaupun masih baharu dua tahun diperkenalkan di Malaysia, sukan ini sudah mampu mengumpul ribuan peminatnya tersendiri di seluruh negara hanya dalam tempoh yang … Read more

Sukar cari buluh lemang

LABIS 12 Jun – Mungkin ramai yang mampu menahan bahang api ketika membakar lemang, namun tidak ramai yang mampu meredah hutan mencari buluh yang merupakan bahan terpenting untuk membuat lemang. Selain berdepan ancaman pelbagai haiwan berbisa seperti ular yang gemar mendiami rumpun buluh, pencari buluh lemang ada kalanya turut berdepan ancaman haiwan lain seperti gajah. … Read more

Rezeki periuk kera

LABIS – Pulut periuk kera yang sinonim dengan hari raya dalam kalangan masyarakat Melayu di sini mungkin tidak dapat dinikmati dalam beberapa tahun akan datang akibat periuk kera yang merupakan sejenis timbuhan menjalar itu semakin pupus disebabkan kerakusan pihak tertentu membersihkan hutan dan kebun yang menjadi kawasannya tumbuh subur sebelum ini. Kini, periuk kera hanya … Read more

Pelita raya dan panjut bateri lebih mudah dan jimat

LABIS – Selepas pelita raya bateri buatannya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada musim raya tahun lepas, seorang makanik di Pekan Air Panas menghasilkan panjut yang menggunakan kuasa bateri pula. Juraimi Palal,48, berkata, dia mendapat ilham mencipta pelita raya bateri pada tahun lepas selepas mendapati suasana hari raya suram ekoran tidak ramai yang berminat … Read more

Warga emas ternak landak

LABIS – Seorang warga emas di Kampung Tenang, di sini, nekad melaburkan wang simpanannya sebanyak RM20,000 bagi memulakan usaha menternak landak raya meskipun haiwan tersebut dikategorikan sebagai haiwan buruan seperti pelanduk. Bagi Ali Daud, 65, berkata, ketika ramai yang memilih menternak haiwan yang menjadi makanan atau sajian harian seperti ayam, lembu atau kambing, dia memberanikan … Read more

Sasar 7,000 pengunjung ke Festival Bekok

LABIS – Festival Bekok yang akan dianjurkan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Jun ini dijangka akan dapat menarik kehadiran kira-kira 7,000 pengunjung ke Pekan Bekok yang sinonim sebagai salah satu kawasan ekopelancongan di daerah ini. Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, festival tersebut yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Labis diyakini mampu memperkenalkan lagi Bekok kepada … Read more

Warga emas rentung

LABIS – Hasrat seorang warga emas di Felda Chemplak, di sini, untuk mengadakan kenduri tahlil untuk arwah suaminya Sabtu ini tidak kesampaian selepas dia ditemui rentung dalam kebakaran di rumahnya, malam tadi. Shafiee Leman, 47, berkata, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa ibunya, Wagiam Wongso, 84, selepas dihubungi oleh salah seorang jiran ibunya kira-kira … Read more

Hasrat ubahsuai rumah tidak kesampaian

LABIS – Hasrat seorang warga emas di Felda Tenang, di sini, untuk mengubahsuai halaman rumahnya tidak kesampaian selepas wang sebanyak RM2,000 yang dikeluarkan dari bank lesap dipercayai dilarikan sorang remaja lelaki yang juga cucunya. Warga emas berkenaan yang ingin dikenali sebagai Salmah, 72, berkata, dia yang mengeluarkan wang simpanannya dari salah sebuah bank di Pekan Labis, … Read more

Jalan gelap dan haiwan berkeliaran punca kemalangan maut

LABIS – Keadaan jalan yang gelap serta terdapat banyak haiwan seperti anjing liar dan lembu berkeliaran pada waktu malam dikatakan punca sering berlaku kemalangan maut di Jalan Labis-Muar berhampiran kawasan Perumahan Awam Labis, di sini. Mohd Hafiz Md Top, 55, berkata, dia yang tinggal di Perumahan Awam Labis mengakui sering berlaku kemalangan di laluan sejauh kira-kira lima kilometer … Read more