Warga emas ternak landak

LABIS – Seorang warga emas di Kampung Tenang, di sini, nekad melaburkan wang simpanannya sebanyak RM20,000 bagi memulakan usaha menternak landak raya meskipun haiwan tersebut dikategorikan sebagai haiwan buruan seperti pelanduk. Bagi Ali Daud, 65, berkata, ketika ramai yang memilih menternak haiwan yang menjadi makanan atau sajian harian seperti ayam, lembu atau kambing, dia memberanikan … Read more

Rezeki merpati hiasan

LABIS – Ramai yang tidak menyedari potensi pasaran burung merpati hiasan boleh dijadikan sumber pendapatan lumayan sekiranya diternak secara komersial sehingga boleh mencecah nilai ribuan ringgit bagi seekor burung merpati. Atas dasar itulah, Sham Idris, 46, dari Felda Tenang, si sini, tekad untuk mengembangkan lagi minatnya memelihara dan menjual unggas tersebut sebagai salah satu cara untuk menambah … Read more

KGMR berjaya wujudkan pengakalan data generasi muda pekebun kecil

SEGAMAT – Usaha Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mewujudkan Kelab Generasi Muda Risda (KGMR) pada tahun 2012 telah berjaya mewujudkan pengkalan data generasi muda pekebun kecil khususnya di negeri Johor. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga 29 Februari 2016, seramai 1,704 ahli KGMR di negeri Johor … Read more

Beri peluang kedua kepada bekas banduan

LABIS – Percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang kedua, seorang pengusaha kraf kayu di Pekan Air Panas, di sini, mengambil inisiatif memberi ruang kepada bekas banduan serta penagih dadah untuk bekerja sambil mempelajari ilmu dalam bidang tersebut. Seorang bekas penagih, Ghazali Mohd Ali, 40, berkata, dia pernah terlibat dengan dadah hampir  20 tahun dan … Read more

Daripada kejuruteraan ke pertanian

LABIS – Siapa sangka seorang wanita yang pernah memegang jawatan sebagai Jurutera Proses Petroleum suatu ketika dahulu kini menceburkan diri dalam bidang pertanian selepas syarikatnya itu mengurangkan jumlah pekerja sejak 10 tahun lalu. Bagi Rozita Mohd Taha, 34, berkata, setelah diberhentikan kerja, dia bertekad menggunakan wang pampasan yang diterimanya untuk menceburi bidang pertanian selepas melihat … Read more

‘Pickers’ penyelamat barang lama

LABIS – Disebabkan hobi dan obsesi yang mendalam terhadap barang-barangan lama, seorang lelaki di Taman Seri Emas, di sini, sanggup melepaskan jawatannya sebagai eksekutif kanan di sebuah bank semata-mata untuk menumpukan sepenuh masa terhadap bidang tersebut. Asrol Talib, 44, berkata, dia yang mula menjadi pencari barangan lama atau ‘pickers’ sejak tahun 2010 juga tidak pernah … Read more

Bekas tentera kini usahawan pekasam

SEGAMAT – Usaha seorang bekas anggota tentera yang mempelajari cara-cara pembuatan ikan pekasam sewaktu tempoh perkhidmatannya nyata tidak sia-sia apabila kini dia berjaya menjadi usahawan ikan pekasam. Mohd Zin Mohd Lani, berkata, selepas bersara wajib pada dua tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung isterinya, Salina Hashim, 44, di Felda Kemelah, di sini, … Read more

Hijabiza: Jenama antarabangsa ciptaan anak Segamat

SEGAMAT – Pilihan berani seorang bekas pegawai bank di Kuala Lumpur untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan membuahkan hasil selepas produk tudung dan baju rekaannya kini mula mendapat tempat di pasaran. Pemilik Hijabiza, Izawati Ahmad, 35, yang juga anak jati daerah Segamat berkata, dia nekad meletakkan jawatan pada penghujung tahun 2009 sebelum memulakan perniagaan menjual … Read more