LABIS – Percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang kedua, seorang pengusaha kraf kayu di Pekan Air Panas, di sini, mengambil inisiatif memberi ruang kepada bekas banduan serta penagih dadah untuk bekerja sambil mempelajari ilmu dalam bidang tersebut.

Seorang bekas penagih, Ghazali Mohd Ali, 40, berkata, dia pernah terlibat dengan dadah hampir  20 tahun dan pernah menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun kerana kesalahan dadah bersyukur dengan peluang kedua sejak pulang ke kampung tiga tahun lalu.

“Sebelum ini saya tinggal di Selangor selama lebih 15 tahun kerana berkahwin dengan orang sana tetapi tidak dikurniakan anak, namun disebabkan dadah, rumah tangga saya tidak bertahan lama dan akhirnya saya meringkuk dipenjara selama tujuh tahun.

Azahari (kiri) memberi tunjuk ajar kepada Ghazali
Azahari (kiri) memberi tunjuk ajar kepada Ghazali

“Selepas bekerja di sini, saya bukan sahaja tidak mengalami masalah kewangan, malah masyarakat semakin menerima kehadiran saya berbanding ketika mula-mula pulang ke kampung dan tidak mempunyai sebarang kerja walaupun sudah lama berhenti megambil dadah,” katanya kepada Segamat.com.my.

Menurutnya, dia turut mengakui, tanpa peluang kedua serta nasihat dan dorongan daripada majikannya, dia mungkin akan terjebak kembali dengan kancah penagihan dadah selepas bertemu dengan rakan penagih lain.

Katanya, dia juga berbangga kerana mampu menyelamatkan beberapa rakan penagih lain melalui peluang kedua yang diperolehi itu dan akan memanfaatkan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehinya itu.

Sementara itu, rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Adam, 45, turut mengakui dia bukan sahaja diberi peluang mencari rezeki, malah dorongan majikannya membuatkan dia bertekad tidak mahu terjebak lagi dalam penagihan dadah.

Katanya, dia berasa kurang yakin semasa ditawarkan untuk bekerja di bengkel tersebut enam bulan lalu, namun selepas beberapa minggu bekerja, dia mendapati rakan sekerja lain dapat menerima kehadirannya dengan baik serta sedia memberikan tunjuk ajar.

Bagi pemilik perusahaan Kayu Warisan, Azahari Abdul Jamal,37, berkata, apa yang dilakukannya adalah sebagai menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat kerana dia percaya setiap keuntungan yang diperolehi olehnya perlu dikongsikan dengan masyarakat setempat dan bukannya sekadar memikirkan soal keuntungan semata-mata.

“Saya mungkin tidak mampu untuk menyumbang dalam bentuk tunai atau kebendaan kepada masyarakat, tetapi saya memilih untuk menyumbang dari sudut memberi peluang pekerjaan kepada golongan bekas penagih serta banduan mahu pun lepasan sekolah.

“Di sini mereka tidak pernah ‘diikat’ dan diberi kebebasan untuk mengembangkan bakat mereka serta memulakan perniagaan sendiri sekiranya mereka dan saya tidak akan menghalang sekiranya mereka mendapat peluang yang lebih baik daripada apa yang saya sediakan,” katanya.

(Visited 941 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!