Sukar cari buluh lemang

LABIS 12 Jun – Mungkin ramai yang mampu menahan bahang api ketika membakar lemang, namun tidak ramai yang mampu meredah hutan mencari buluh yang merupakan bahan terpenting untuk membuat lemang. Selain berdepan ancaman pelbagai haiwan berbisa seperti ular yang gemar mendiami rumpun buluh, pencari buluh lemang ada kalanya turut berdepan ancaman haiwan lain seperti gajah. … Read more

Rezeki periuk kera

LABIS – Pulut periuk kera yang sinonim dengan hari raya dalam kalangan masyarakat Melayu di sini mungkin tidak dapat dinikmati dalam beberapa tahun akan datang akibat periuk kera yang merupakan sejenis timbuhan menjalar itu semakin pupus disebabkan kerakusan pihak tertentu membersihkan hutan dan kebun yang menjadi kawasannya tumbuh subur sebelum ini. Kini, periuk kera hanya … Read more

Pelita raya dan panjut bateri lebih mudah dan jimat

LABIS – Selepas pelita raya bateri buatannya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada musim raya tahun lepas, seorang makanik di Pekan Air Panas menghasilkan panjut yang menggunakan kuasa bateri pula. Juraimi Palal,48, berkata, dia mendapat ilham mencipta pelita raya bateri pada tahun lepas selepas mendapati suasana hari raya suram ekoran tidak ramai yang berminat … Read more

Pengorbanan bapa ajar mengaji membuahkan hasil

LABIS – Usaha seorang bapa di Kampung Tenang, di sini, mendidik anak sulungnya mengaji Al-Quran sejak berusua lima tahun berbaloi selepas anaknya berjaya meraih naib johan qariah pertandingan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan di Air Keroh Melaka, baru-baru ini. Jaafar Ibrahim, 67, berkata, anaknya, Nur Ruzana Natiah, 34, juga sempat menghubungi dia dan isterinya, Raniah Asari, … Read more

Pemuda ternak arnab

SEGAMAT – Seorang pemuda di Kampung Sawah Baru dekat sini, tidak menyangka permintaan adiknya untuk membeli seekor arnab hiasan semasa berkunjung ke expo di Dataran Labis tiga tahun lalu menjadi titik tolak kepada usahanya menternak arnab hiasan ketika ini. Khairulnizan Omar,22, bekas pelajar Kolej Yayasan Felda Mempaga dalam bidang masakan berkata, dia mula ‘jatuh cinta’ … Read more

Peneroka gigih ternak rusa dan landak

SEGAMAT – Tidak mahu menjadikan usia emas sebagai alasan untuk duduk diam tidak melakukan sebarang aktiviti, seorang peneroka Felda Redong di sini memilih untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan. Minat terhadap binatang liar ditambah mempunyai banyak masa terluang telah mendorongnya memilih rusa dan landak sebagai haiwan ternakan sejak hampir tiga tahun lalu. Shamsuddin Ibrahim,61, berkata, … Read more

Daripada belukar ke pusat rekreasi

SEGAMAT–Tiada siapa yang menyangka Taman Rekreasi Sungai Kapeh, di sini, yang penuh dengan pelbagai aktiviti rekreasi pada waktu petang dan hujung minggu dahulunya merupakan kawasan belukar dan sungai mati. Bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh Majlis Daerah Segamat (MDS) untuk membangunkan kawasan tersebut kira-kira 10 tahun lalu berjaya memberi nafas baharu sekaligus menjadi salah satu lokasi … Read more

Warga emas ternak landak

LABIS – Seorang warga emas di Kampung Tenang, di sini, nekad melaburkan wang simpanannya sebanyak RM20,000 bagi memulakan usaha menternak landak raya meskipun haiwan tersebut dikategorikan sebagai haiwan buruan seperti pelanduk. Bagi Ali Daud, 65, berkata, ketika ramai yang memilih menternak haiwan yang menjadi makanan atau sajian harian seperti ayam, lembu atau kambing, dia memberanikan … Read more

Tangguh pengajian buka perniagaan

SEGAMAT- Seorang pemuda di sini boleh menarik nafas lega selepas perniagaan fotografi perkahwinan yang diusahakannya sejak hampir tiga tahun lalu kini semakin berkembang dan memberi pulangan lumayan. Mohamad Fitri Mohd. Salleh,23, mengakui pada mulanya dia berasa bimbang jika keputusan menangguhkan pengajian di peringkat ijazah semata-mata untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan mendapat tentangan keluarga. “Saya … Read more

Denggi Di Johor Meningkat 179 Peratus

LABIS – Kes denggi bagi tempoh 14 minggu tahun ini sehingga 9 April lalu meningkat sebanyak 179 peratus dengan sejumah 5,559 kes berbanding hanya 2,000 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar  negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata,  daerah  Johor Bahru mencatat kes tertinggi dengan 80 peratus daripada keseluruhan kes denggi … Read more