LABIS – Kes denggi bagi tempoh 14 minggu tahun ini sehingga 9 April lalu meningkat sebanyak 179 peratus dengan sejumah 5,559 kes berbanding hanya 2,000 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, daerah Johor Bahru mencatat kes tertinggi dengan 80 peratus daripada keseluruhan kes denggi setakat ini.
“Bagi kes yang melibatkan kematian sepanjang tempoh tersebut juga turut meningkat daripada empat kes bagi tempoh 14 minggu pertama tahun lepas menngkat 100 peratus kepada lapan orang pada tahun ini.
“Sehubungan itu saya berharap orang ramai agar lebih peka dengan masalah penularan wabak denggi ini dan dapat membersihkan persekitaran mereka supaya tidam menjadi tempag pembiakan nyamuk aedes, ” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agong Koperasi Peserta Felcra Pogoh baru-baru ini.
Katanya, bagi memastikan keadaan dapat dikawal, Kementerian Kesihatan menjalankan penguatkuasaan di permis-permis persendirian serta permis kediaman selama dua bulan bermula minggu ini.
Menurutnya pemilik mana-mana permis yang didapati menjadi pusat pembiakan nyamuk ades akan dikompaun sebanyam RM500 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan berulang pula, pemilik atau mereka yang bertanggungjawab akan didakwa di mahkamah.
Ayub yang juga ADUN Kemelah berkata, tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana individu yang didapati menjadi ‘penternak’ jentik- jentik serta nyamuk aedes dan kompaun yang telah dikeluarkan tidak diberikan sebarang rayuan pengurangan.
“Saya harap orang ramai dapat meruangkan sedikit daripada masa mereka untuk membersihkan kawasan sekitar kediaman mereka bagi mengelak dikenakan sebarang hukuman.
“Masyarakat tidak boleh mengharap orang lain atau pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan kawasan sekitar kediaman mereka, sebaliknya mereka harus berusaha sendiri kerana tanggungjawab membasmi aedes adakah tanggungjawab semua pihak,” katanya.
Comments