Pengorbanan bapa ajar mengaji membuahkan hasil

LABIS – Usaha seorang bapa di Kampung Tenang, di sini, mendidik anak sulungnya mengaji Al-Quran sejak berusua lima tahun berbaloi selepas anaknya berjaya meraih naib johan qariah pertandingan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan di Air Keroh Melaka, baru-baru ini. Jaafar Ibrahim, 67, berkata, anaknya, Nur Ruzana Natiah, 34, juga sempat menghubungi dia dan isterinya, Raniah Asari, … Read more

Pemuda ternak arnab

SEGAMAT – Seorang pemuda di Kampung Sawah Baru dekat sini, tidak menyangka permintaan adiknya untuk membeli seekor arnab hiasan semasa berkunjung ke expo di Dataran Labis tiga tahun lalu menjadi titik tolak kepada usahanya menternak arnab hiasan ketika ini. Khairulnizan Omar,22, bekas pelajar Kolej Yayasan Felda Mempaga dalam bidang masakan berkata, dia mula ‘jatuh cinta’ … Read more

Amalan Dhuha rahsia kejayaan

SEGAMAT – Amalan melakukan solat sunat dhuha dan hajat setiap hari merupakan rutin harian tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, di sini, yang mencatatkan keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. Mohd Iqbal Mubarak Jamali, 18, berkata, selain sentiasa konsisten dalam mengamalkan solat sunat tersebut, dia sentiasa mendapatkan nasihat daripada guru … Read more

HDS akan terima pertambahan 256 katil

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan akan menambah sebanyak 256 katil pesakit lagi di Hospital Daerah Segamat (HDS) apabila usaha menaik taraf hospital tersebut kepada hospital pakar dengan kos sebanyak RM50 juta siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun lagi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ketika ini HDS menawarkan perkhidmatan  dalam 11 bidang kepakaran seperti … Read more

Pengusaha ubat Cina rugi RM8,000

SEGAMAT – Seorang pengusaha kedai menjual ubat-ubatan tradisional Cina di Jalan Ibrahim, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM8,000 selepas sebuah bekas kaca mengandungi gamat laut dicuri. Pemilik kedai yang ingin dikenali sebagai Ah Soon, 45, berkata, dia hanya menyedari kejadian tersebut pada 21 Januari yang lalu kira-kira pukul 12.15 tengahari apabila ada pelanggannya yang mahu … Read more

Lantik sub kontraktor yang layak sahaja

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya lima syarikat konsesi Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di negara ini supaya melantik sub kontraktor yang terbaik dan berkelayakan sahaja untuk mekakukan kerja. Ketua Setiausahanya (KSU), Datuk Dr Chew Chaw Min berkata, ini bagi mengelakkan perkhidmatan di 143 hospital kerajaan di seluruh negara tidak terjejas seperti masalah pendingin hawa yang … Read more

Johor negeri pertama miliki JDMRV

LABIS – Johor menjadi negeri pertama memperolehi sebuah trak pacuan empat roda seberat tiga tan bagi tujuan operasi menyelamat mangsa bencana (JDMRV) bukan sahaja di negeri ini malah di mana-mana lokasi bencana di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, JDMRV ini akan digerakkan dalam masa yang singkat dan … Read more

Pegawai kerajaan ditahan rasuah

LABIS – Seorang pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan di daerah kecil Labis, di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan dirinya. Menurut sumber SPRM, pegawai tersebut yang berumur 44 tahun itu ditahan berhubung kes mengambil rasuah daripada kontraktor yang bernilai kira-kira RM14,000 berkaitan dengan peruntukan projek bernilai … Read more

Jumpa bayi di belakang rumah

SEGAMAT – Seorang penduduk di Kampung Logah, di sini, tidak menyangka tangisan yang didengarinya pada awal pagi tadi merupakan tangisan seorang bayi yang dipercayai dibuang. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, bayi perempuan tanpa seurat benang terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap di atas rumput di belakang sebuah rumah penduduk. Lebih memilukan, bayi seberat dua … Read more

Polis Segamat lipatgandakan usaha banteras judi pada tahun ini

SEGAMAT – Polis daerah ini akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk membanteras kegiatan judi di daerah Segamat pada tahun ini sama ada melibatkan judi atas talian, judi ekor haram dan judi dalam bangunan. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, sejak Oktober tahun lalu sehingga awal Januari tahun ini, pihaknya telah membuat 21 serbuan … Read more