SEGAMAT – Seorang penduduk di Kampung Logah, di sini, tidak menyangka tangisan yang didengarinya pada awal pagi tadi merupakan tangisan seorang bayi yang dipercayai dibuang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, bayi perempuan tanpa seurat benang terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap di atas rumput di belakang sebuah rumah penduduk.

Lebih memilukan, bayi seberat dua kilogram yang sudah tidak bertali pusat itu turut dipenuhi lumpur pada bahagian muka dan badannya.

Menurut ketua kampung terbabit, Hassan Sitam, 66, berkata, bayi tersebut ditemukan seorang jirannya ketika mahu keluar dari rumah pagi tadi.

“Bayi tersebut berkulit cerah dan dipercayai baru dilahirkan ketika ditemukan, serta kami merasakan ada kesan tompokan darah pada bayi tersebut, namun tidak pasti milik siapa.

“Kami terus membuat laporan polis sebaik menyedari kejadian itu sebelum bayi tersebut di hantar ke Hospital Segamat untuk tindakan susulan,” katanya.

Anggota polis bertugas memangku bayi di Hospital Daerah Segamat | Kredit Foto Group Whatsapp Kampung Jawa
Anggota polis bertugas memangku bayi di Hospital Daerah Segamat | Kredit Foto Group Whatsapp Kampung Jawa

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan pihaknya juga sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti bayi dan individu yang terlibat.

(Visited 385 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!