SEGAMAT – Penduduk daerah ini sekali lagi bertuah apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli untuk kali kedua pada bulan yang sama.
Pada cemar duli yang pertama pada 4 Januari lalu, baginda berkenan untuk melawat serta menyampaikan bantuan kepada 25 mangsa banjir Kampung Seberang Batu Badak di Balairaya Kampung Gemereh 4, di sini.

Pada lawatan kali ini, baginda berkenan untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah bersama kira-kira 2,000 penduduk daerah ini yang diimamkan oleh Imam Fadli bin Madon.
Selepas selesai solat Jumaat, baginda sempat meluangkan masa untuk bersalaman dan beramah mesra bersama jemaah yang hadir sebelum berkenan untuk ke Pasaraya One Segamat pada sebelah petangnya.

Turut mengiringi baginda ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor juga ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat; Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap; Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim dan Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim.

Komuniti Facebook Segamat (KFBS) ingin merafak sembah kebawah duli Sultan Johor yang berkenan mencemar duli ke daerah Bendahara Tepok dan ini membuktikan bahawa Sultan Ibrahim merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat.
‘RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
Comments