Hasrat ubahsuai rumah tidak kesampaian

LABIS – Hasrat seorang warga emas di Felda Tenang, di sini, untuk mengubahsuai halaman rumahnya tidak kesampaian selepas wang sebanyak RM2,000 yang dikeluarkan dari bank lesap dipercayai dilarikan sorang remaja lelaki yang juga cucunya. Warga emas berkenaan yang ingin dikenali sebagai Salmah, 72, berkata, dia yang mengeluarkan wang simpanannya dari salah sebuah bank di Pekan Labis, … Read more

Rumah wartawan dipecah masuk

SEGAMAT – Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kerugian hampir RM4,000 setelah rumah sewanya Bandar IOI, di sini, dipecah masuk oleh dua lelaki, kira-kira pukul 7 pagi kelmarin. Mangsa, Tan Hao Sui, 38, yang bertugas dengan akhbar Sin Chew Jit Poh, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana pulang ke kampung halamannya di Sungai … Read more

Pengusaha ubat Cina rugi RM8,000

SEGAMAT – Seorang pengusaha kedai menjual ubat-ubatan tradisional Cina di Jalan Ibrahim, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM8,000 selepas sebuah bekas kaca mengandungi gamat laut dicuri. Pemilik kedai yang ingin dikenali sebagai Ah Soon, 45, berkata, dia hanya menyedari kejadian tersebut pada 21 Januari yang lalu kira-kira pukul 12.15 tengahari apabila ada pelanggannya yang mahu … Read more

Tiga pengedar dadah ditahan

SEGAMAT – Polis daerah ini berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai pengedar dadah di dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan di Bukit Siput, di sini, pada 16 Januari lalu kira-kira pukul 5.30 petang. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, serbuan dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Ibu Pejabat Polis … Read more

Polis Segamat lipatgandakan usaha banteras judi pada tahun ini

SEGAMAT – Polis daerah ini akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk membanteras kegiatan judi di daerah Segamat pada tahun ini sama ada melibatkan judi atas talian, judi ekor haram dan judi dalam bangunan. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, sejak Oktober tahun lalu sehingga awal Januari tahun ini, pihaknya telah membuat 21 serbuan … Read more