SEGAMAT – Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kerugian hampir RM4,000 setelah rumah sewanya Bandar IOI, di sini, dipecah masuk oleh dua lelaki, kira-kira pukul 7 pagi kelmarin.

Mangsa, Tan Hao Sui, 38, yang bertugas dengan akhbar Sin Chew Jit Poh, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana pulang ke kampung halamannya di Sungai Mati, Muar untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarganya.

“Ini merupakan kali keempat rumah sewa saya dipecah masuk sejak lima tahun menyewa di sini dan saya tidak sangka pada hari pertama Tahun Baharu Cina, semalam (kelmarin) saya akan menerima berita sedih ini.

“Saya dimaklumkan oleh polis mengenai kejadian ini kerana saya ada mengisi borang Ops Selamat kerana mula bercuti pada Sabtu lalu sehingga 20 Februari ini sebelum pemilik rumah menghubungi saya,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat.

Menurutnya, antara kerugian yang telah dikenalpasti adalah sebuah televisyen, dua pembesar suara dan beberapa buku akaun bank miliknya yang dianggarkan bernilai hampir RM4,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, kejadian hanya disedari oleh jiran mangsa selepas terlihat dua lelaki tidak dikenali menaiki kereta berada di halaman rumah mangsa.

Anggota polis sedang melakukan siasatan di rumah mangsa.
Anggota polis sedang melakukan siasatan di rumah mangsa.

“Jiran mangsa lambat menghubungi pihak polis kerana telah ketakutan diugut akan dibunuh oleh suspek sekiranya dia menghubungi polis dan saksi memberitahu suspek mengangkat pagar rumah mangsa sebelum memasukkan kereta mereka.

“Hasil siasatan mendapati, suspek memasuki rumah mangsa dengan memotong besi tingkap dan selepas suspek mengambil barang-barang berharga, suspek keluar melalui pintu belakang menggunakan kunci yang ditinggalkan di dalam rumah,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian, jiran mangsa juga pernah melihat suspek berada di dalam ladang kelapa sawit di hadapan rumah taman perumahan mereka, namun tidak pasti tujuan utamanya.

Katanya, sepanjang mangsa tiada di rumah, beberapa lawatan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda telah dilakukan dengan meninggalkan borang di dalam peti surat dan lawatan terkahir ialah pada pukul 5.50 pagi ketika hari kejadian.

“Rumah mangsa juga tidak dlengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan kami juga telah mengesan tiga cap jari di tempat kejadian dan kes disisasat di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan,” katanya.

(Visited 235 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!