SEGAMAT – Polis daerah ini berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai pengedar dadah di dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan di Bukit Siput, di sini, pada 16 Januari lalu kira-kira pukul 5.30 petang.

Mohd Kamil (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.
Mohd Kamil (tengah) menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, serbuan dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat hasil risikan dan maklumat orang awam.

“Kesemua suspek yang berumur di antara 20-an hingga 50-an itu juga cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis namun tidak berjaya kerana keseluruhan kawasan rumah tersebut telah dikepung.

“Dalam serbuan tersebut juga, kami berjaya merampas pelbagai jenis dadah iaitu heroin seberat 80.3 gram (g), ketamine (17.9 g), syabu (11.3 g), dan pil Erimin 5 sebanyak 178 biji dengan berat 48 g,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita semasa sidang media di Bilik Gerakan IPD Segamat, di sini, semalam.

Menurutnya, kesemua dadah tersebut disorokkan di dalam rumah seperti di ruang tamu dan di atas siling dan keputusan saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis amphetamine.

Katanya, kesemua suspek merupakan penduduk tempatan dan nilai rampasan juga dianggarkan sebanyak RM22,500 iaitu melibatkan dadah sebanyak RM6,500 serta sebuah kereta Proton Wira yang bernilai RM16,000.

Dadah yang berjaya dirampas.
Dadah yang berjaya dirampas.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah lain manakala seorang lagi suspek yang berumur 40-an baharu sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan memiliki dadah.

“Suspek juga dipercayai memasarkan dadah tersebut kepada pasaran daerah ini sahaja dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sekiranya suspek disabitkan bersalah, mereka akan dihukum gantung sehingga mati,” katanya.

Pada masa sama, sepanjang tahun 2015, polis daerah ini berjaya membuat sebanyak 998 tangkapan dengan 577 kes disiasat di bawah ADB dengan dua kes dan dua tangkapan melibatkan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Menurutnya, selain itu, sebanyak 283 kes dan tangkapan juga telah dilakukan sepanjang tahun lalu melibatkan Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (APD) 1983 dan jumlah keseluruhan sitaan sebanyak RM262,500.

“Sekiranya dibahagikan mengikut pecahan, dadah jenis heroin paling banyak dirampas iaitu sebanyak 1,305.09 g diikuti syabu (321.32 g), ganja (243.68 g), ketamine (129.27 g), 80 biji pil estasy dan 309 biji pil eramin 5,” katanya.

(Visited 897 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!