SEGAMAT – Enam kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan elektrik sementara ekoran kerja-kerja menaiktataf oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 22 Januari 2016 (Jumaat) bermula pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Di antara kawasan yang terlibat ialah kampung serta taman yang terdapat Tenang, Kemelah, Kampung Abdullah, Bukit Siput, Kampung Jawa dan Paya Pulai. (Rujuk gambar untuk maklumat lanjut).
Mengikut maklumat daripada kakitangan TNB Segamat, gangguan bekalan elektrik ini bagi membolehkan pihak TNB melakukakn kerja-kerja penyelenggaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) di Bukit Siput dapat dilaksanakan dengan selamat dan teratur.
Oleh itu, Komuniti Facebook Segamat ingin menasihatkan penduduk-penduduk di kawasan terlibat supaya jangan terkejut sekiranya kawasan anda mengalami gangguan bekalan elektrik pada masa yang dimaklumkan tadi.
Suri rumah dan mereka yang lain juga boleh merancang untuk menyiapkan kerja lebih awal seperti membasuh baju dan sebagainya atau menunggu sehingga bekalan elektrik pulih seperti sediakala. (Pastikan power bank dicaj untuk mendapatkan maklumat terkini daripada kami
Marilah kita sama-sama mendoakan agar ‘wira-wira’ TNB yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaran ini dapat melakukan kerja mereka dengan selamat dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.
Comments