6 Kawasan Terlibat Gangguan Elektrik
SEGAMAT – Enam kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan elektrik sementara ekoran kerja-kerja menaiktataf oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 22 Januari 2016 (Jumaat) bermula pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Di antara kawasan yang terlibat ialah kampung serta taman yang terdapat Tenang, Kemelah, Kampung Abdullah, Bukit Siput, Kampung Jawa dan Paya Pulai. […]