-
Bekas SC pernah kerja sebagai tukang tulis komunis

LABIS – Disebalik kedamaian dan keharmonian yang dikecapi ketika ini sebenarnya tercatat sejarah silam yang terlalu pahit untuk dikenang apabila nikmat kemerdekaan yang ada pada hari ini sebenarnya dibayar dengan harga yang terlalu mahal. Pengalaman hidup di zaman darurat dan keganasan komunis juga sukar untuk dilupakan malah menyeksakan apabila ada penduduk di Tanah Melayu ketika…
-
Rumah Terengganu di Segamat penuh sejarah

SEGAMAT – Rumah Bujang Berserambi Terangganu yang sangat unik mempunyai sejarahnya yang tersendiri terletak di Kampung Tonjos, Mukim Jabi, di sini, kira-kira lima kilometer dari bandar Segamat. Rumah ini dimiliki oleh Allahyarham Haji Mohd Yassin Salleh dan kampung ini juga telah dibuka oleh bapa dan datuknya serta beberapa orang lagi yang menerokainya sehingga ke kawasan…
-
Tangga batu Kampung Paya Dalam tinggal tanda tanya

SEGAMAT – Bagi pengguna jalan raya atau penduduk setempat yang melalui Jalan Segamat-Muar, pandangan mata mereka pasti akan tertumpu kepada tangga tinggi yang menaiki bukit yang terletak di Kampung Paya Dalam, di sini. Malahan orang luar yang sering melalui jalan raya ini juga mengagumi dan tertanya-tanya mengenai tangga batu tersebut di kampung yang terletak kira-kira…
-
Jambatan pertama Segamat simpan banyak sejarah

SEGAMAT – Selain daerah Segamat terkenal dengan duriannya, beberapa jambatan yang terdapat di daerah ini juga sangat terkenal dan diketahui ramai oleh orang luar sama ada dari segi sejarahnya dan juga keindahan sekelilingnya. Salah satu jambatan yang menjadi tarikan dan terdapat di daerah ini ialah jambatan keretapi dan jambatan pertama yang merentangi Sungai Segamat dan…
-
Kisah disebalik Dataran Segamat

Sejarah Padang Besar Segamat bermulanya pada tahun 1910 apabila laluan keretapi siap dibina di Segamat. Pada sekitar tahun 1930 Bandar Segamat mula mencapai kemajuan yang setanding dengan daerah-daerah di Johor. Sebelum Jepun masuk ke Tanah Malayu, di Segamat selalu mengadakan temasya berjoget di Padang Besar terutamanya ketika menyambut Hari Keputeraan Sultan Ibrahim dan juga menyambut…
-
Felda Tenang ‘gemparkan’ sejarah negara

LABIS – Kawasan perkampungan Felda Tenang kira-kira enam kilometer dari pekan Labis, di sini, yang dikelilingi kawasan lapang saujana mata memandang menerbitkan rasa damai sebaik menjejakkan kaki di Bumi yang menyimpan sejarah penting negara itu. Menurut sejarah, Felda Tenang dibuka sekitar tahun 1960 hingga 1961 dan nama ‘Tenang’ itu diperoleh bersempena nama individu yang membuka…
-
Meriam ‘Keramat’ Masjid Makam Lubok Batu

Cerita mengenai Bendahara Tepok atau juga dikenali sebagai Bendahara Lubok Batu tidak asing lagi bagi warga Segamat namun misteri cerita dan mitos sentiasa menjadi bualan sehingga kini. Ramai yang tidak mengetahui bahawa meriam yang dijumpai pada tahun 80an di bawah tapak Masjid Makam Lubok Batu kini dijaga dan disimpan rapi oleh pihak Muzium Melaka. Apabila kita menceritakan…
-
Segamat Pada Tahun 1917

Segamat berasal dari beberapa buah kampung yang terletak di tebing Sungai Segamat dengan pembinaan stesen dan jalan keretapi serta kehadiran ladang-ladang getah, bandar Segamat telah dapat dimajukan. Pertambahan penduduk dan kegiatan pertanian menyebabkan Segamat terpaksa dipisahkan dari pentadbiran Muar. Pada tahun 1917 beberapa pejabat kerajaan sudah pun didirikan di Segamat. Antaranya ialah Pejabat Pegawai Daerah, Mahkamah,…
-
Rumah Limas Penghulu Semin

SENIBINA RUMAH LIMAS PENGHULU SEMIN KAMPUNG GELANG CHINCHIN, SEGAMAT Sejarah Segamat kurang ditekankan atau difokuskan dalam senibina rumah-rumah Melayu. Majoriti rumah-rumah Melayu di daerah Segamat bercirikan rekabentuk Rumah Limas. Ini kerana sebelum berlaku perang dunia kedua, rumah-rumah limas di Segamat adalah paling termasyur. Hanya orang-orang yang berjawatan tinggi saja yang dibina bercirikan rumah-rumah limas. Terdapat…
-
Kampung Tenang simpan banyak sejarah

LABIS – Setiap kampung di daerah Segamat mempunyai pelbagai cerita menarik sama ada cerita benar mahupun yang berunsur mitos dan salah satu kampung yang mempunyai sejarah tersendiri ialah Kampung Tenang. Kampung Tenang yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Pekan Labis merupakan sebuah kampung tradisional yang masih mengekalkan kawasan penempatan secara warisian oleh masyarakat Melayu dan mempunyai ciri-ciri…
-
Helikopter ditembak, rakan maut terpijak jerangkap samar di depan mata

SEGAMAT – Pengalaman helikopter Nuri ditembak pasukan komunis di hutan semasa melaksanakan Ops Gubir sehingga mengakibatkan kecederaan kepada tiga anggota komando yang berada di dalam helikopter tersebut mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh Emran Karno, 64, sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota keselamatan negara. Ketika itu dia bersama lima lagi anggota Y Skuadron Rejimen Gerak Khas (RGK)…
-
Kedai Bawah Pokok, Segamat

Apabila bercerita mengenai bandar Segamat dari perspektif nostalgianya, kebiasaannya orang Segamat akan mengaitkan kedai dibawah pokok sehingga ia dikenali sebagai Kedai Bawah Pokok. Kedai Bawah Pokok juga dikenali sehingga ke Johor Bahru. Pada ketika itu di Johor Bahru telah pesat membangun menyebabkan orang-orang di Johor Bahru merasakan ianya satu keunikan di Segamat. Lokasi kedai tersebut…
-
Asal usul Kampung Sepinang, Segamat

SEGAMAT – Kampung Sepinang yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari bandar Segamat merupakan sebuah kampung tradisional yang masih mengekalkan kawasan penempatan secara warisian oleh masyarakat Melayu dan mempunyai ciri-ciri Melayu dalam seni binanya. Ketua kampungnya, Mohd Taher Ibrahim, 68, berkata, berdasarkan cerita orang-orang tua terdahulu, Kampung Sepinangtelah dibuka kira-kira 300 tahun dahulu dan telah diterokai…
-
Keunikan dan sejarah Kampung Desa Temu Jodoh

SEGAMAT – Pengunjung yang pertama kali datang ke daerah Segamat melalui pekan Yong Peng pasti akan menoleh untuk kali kedua apabila melintasi Kampung Desa Temu Jodoh, Chaah, dekat sini, disebabkan oleh keunikan namanya. Perkampungan yang dibuka kira-kira 30 tahun lalu itu terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Yong Peng, Batu Pahat dan 60 km…
-
Kampung Gudang Garam Penuh Sejarah

SEGAMAT – Sekiranya kita mendengar atau melihat perkataan Gudang Garam, pastinya akan teringat kepada rokok kretek buatan Indonesia yang termasyhur. Namun sayang, kita tidak akan bertemu sebuah kilang atau gudang rokok di daerah ini sebaliknya sebuah kampung yang indah. Terbitnya nama Kampung Gudang garam mempunyai variasinya tersendiri. Variasi pertama, kampung tersebut dikatakan dinamakan oleh sekumpulan…
-
Sejarah Segamat

Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar “Daerah Lagenda”. Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera…