Pemuda ternak arnab

SEGAMAT – Seorang pemuda di Kampung Sawah Baru dekat sini, tidak menyangka permintaan adiknya untuk membeli seekor arnab hiasan semasa berkunjung ke expo di Dataran Labis tiga tahun lalu menjadi titik tolak kepada usahanya menternak arnab hiasan ketika ini. Khairulnizan Omar,22, bekas pelajar Kolej Yayasan Felda Mempaga dalam bidang masakan berkata, dia mula ‘jatuh cinta’ … Read more

Peneroka gigih ternak rusa dan landak

SEGAMAT – Tidak mahu menjadikan usia emas sebagai alasan untuk duduk diam tidak melakukan sebarang aktiviti, seorang peneroka Felda Redong di sini memilih untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan. Minat terhadap binatang liar ditambah mempunyai banyak masa terluang telah mendorongnya memilih rusa dan landak sebagai haiwan ternakan sejak hampir tiga tahun lalu. Shamsuddin Ibrahim,61, berkata, … Read more

Tangguh pengajian buka perniagaan

SEGAMAT- Seorang pemuda di sini boleh menarik nafas lega selepas perniagaan fotografi perkahwinan yang diusahakannya sejak hampir tiga tahun lalu kini semakin berkembang dan memberi pulangan lumayan. Mohamad Fitri Mohd. Salleh,23, mengakui pada mulanya dia berasa bimbang jika keputusan menangguhkan pengajian di peringkat ijazah semata-mata untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan mendapat tentangan keluarga. “Saya … Read more

RM5000 modal permulaan buka kedai cetak

SEGAMAT – Seorang pengusaha pusat percetakan di Bandar Utama, di sini, boleh menarik nafas lega apabila perniagaannya yang dimulakan lima tahun dahulu dengan modal permulaan sebanyak RM5,000 mula mendapat tempat di daerah ini. Mohd Aidil Sulaiman, 32, yang merupakan pemilik Syarikat Mix Linac berkata, dia mula menceburkan diri di dalam bidang perniagaan pada tahun 2011 … Read more

Wanita tunggal Segamat buka gimnasium

LABIS – Apabila bercerita mengenai bidang bina badan dan perniagaan gimnasium, pasti terlintas di dalam fikiran kita bahawa bidang tersebut terlalu sinonim dan dipelopori oleh kaum lelaki. Tetapi, berbeza pula keadaannya bagi Pengurus Along Gym & Fitness,  Zulaiqa Mohd Salleh, 23,  yang memecahkan monopoli tersebut dengan memberanikan diri untuk memulakan perniagaan gimnasium sekaligus menjadi wanita … Read more

Kayu terbuang jadi wang

SEGAMAT – Kayu palet yang dahulunya sering dibuang kini dimanfaatkan dan dikitar semula untuk dijadikan perabot serta perkakasan rumah selain mula mendapat tempat oleh pengusaha-pengusaha kedai dan pemburu perabot. Peluang tersebut juga bijak dimanfaatkan oleh seorang tukang paip dan pendawaian di Bandar IOI, di sini, Sallehuddin Masri, 45, apabila menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan produk daripada … Read more

Ceburi pelbagai jenis perniagaan sebelum beralih ke bakeri

LABIS – Selepas lebih 10 tahun menceburi pelbagai bidang perniagaan, sepasang suami isteri di Kampung Sawah Baru, di sini, berjaya menjadikan perniagaan pembuatan pelbagai jenis roti dan pizza sebagai pendapatan utama mereka. Siti Nur Haslin Shahrom, 33, berkata, sebelum ini, dia bersama suaminya, Rosdi Yaakob, 39, pernah menjual pelbagai jenis kain, barang-barang dobi serta nasi … Read more

Usahawan Melayu Segamat disaran bersatu

SEGAMAT – Komuniti usahawan dan peniaga Melayu di daerah ini disaran supaya bersatu dan tolong menolong bagi membangunkan dan merancakkan lagi ekonomi dengan mengenepikan sifat hasad dengki. Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, kebanyakan peniaga Melayu juga mempunyai sifat kurang senang melihat kejayaan orang lain namun pada masa sama kekuatan sendiri tidak cuba dibuktikan. “Ada … Read more

Bekas tentera kini usahawan pekasam

SEGAMAT – Usaha seorang bekas anggota tentera yang mempelajari cara-cara pembuatan ikan pekasam sewaktu tempoh perkhidmatannya nyata tidak sia-sia apabila kini dia berjaya menjadi usahawan ikan pekasam. Mohd Zin Mohd Lani, berkata, selepas bersara wajib pada dua tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung isterinya, Salina Hashim, 44, di Felda Kemelah, di sini, … Read more

Daun getah jadi duit

SEGAMAT – Seorang warga emas di Kampung Melayu Raya, di sini, bijak memanfaatkan sumber yang ada di sekelilingnya dengan menjadikan daun getah sebagai gubahan dan hasil kraf tangan. Sarumi Bosrom, 67, berkata, dia yang sudah menceburi bidang perusahaan gubahan bunga berasaskan daun getah sejak 15 tahun lalu juga kini menjadi punca pendapatan utamanya setelah permintaan … Read more