Helikopter ditembak, rakan maut terpijak jerangkap samar di depan mata

SEGAMAT – Pengalaman helikopter Nuri ditembak pasukan komunis di hutan semasa melaksanakan Ops Gubir sehingga mengakibatkan kecederaan kepada tiga anggota komando yang berada di dalam helikopter tersebut mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh Emran Karno, 64, sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota keselamatan negara. Ketika itu dia bersama lima lagi anggota Y Skuadron Rejimen Gerak Khas (RGK) … Read more

Terapi sengatan lebah semakin popular untuk rawat penyakit

LABIS – Lebah adalah serangga yang hidup berkoloni dengan membuat sarang di tempat-tempat tinggi seperti pada dahan pokok, di atap rumah dan sebagainya. Madunya juga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa sengatan lebah yang mempunyai kira-kira 20,000 spesies dan boleh didapati di setiap benua kecuali Antartika … Read more

Seronok menjadi sukarelawan dan aktivis kemanusiaan

SEGAMAT – Jika diminta menawarkan diri untuk melakukan kerja sukarela, pasti ramai yang akan berfikir panjang kerana tugas atau kerja yang dilakukan itu tidak mendapat sebarang bayaran, dan kerap kali tiada penghargaan. Semangat kesukarelawan sebenarnya tidak mengenal usia jika seseorang itu sanggup mengorbankan masa, dan kadangkala harta benda mereka demi kepuasan hasil kerja-kerja sukarela. Bagi … Read more

Jualan pisang goreng mampu tampung belanja 3 anak di IPT

SEGAMAT – Rakyat Johor sememangnya sinonim dengan pisang goreng yang dicicah bersama sambal kicap sebagai menu ringan pada waktu petang sehingga menjadikannya sebagai salah satu kudapan ‘wajib’ dan menjadi identiti rakyat negeri ini. Ini kerana, boleh dikatakan di setiap taman perumahan, pekan kecil sehingga ke bandar-bandar besar, wujud gerai-gerai menjual pisang goreng yang disajikan dengan … Read more

Ops Lejang tumpu sekitar Labis

LABIS – Bagi mengurangkan kejadian jenayah di sekitar daerah kecil Labis, satu Ops Lejang dilakukan anggota Balai Polis Labis, dengan menumpukan beberapa lokasi sekitar Labis dan taman perumahan. Ketua Balai Polis Labis, Inspektor Chan Kok Chuan berkata, beberapa anggotanya juga telah keluar bersama membuat rondaan pencegahan jenayah dan pemeriksaan di beberapa jalan yang dikenalpasti sebagai … Read more

Pulut periuk kera hidangan eksotik

Masyarakat hari ini mungkin hanya mengetahui periuk kera merupakan tumbuhan meliar di hutan selain dijadikan tanaman hiasan yang eksotik oleh penggemar pokok hiasan. Namun bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan isterinya, Norashikin Salimin, 41, yang tinggal di Kampung Tenang, Labis ini, periuk kera bukan sekadar tumbuhan liar atau tanaman hiasan semata-mata, sebaliknya merupakan sumber rezeki bagi … Read more

Buah mata kucing diancam kepupusan

LABIS – Pokok buah mata kucing yang dahulunya banyak di sekitar kawasan Labis kini semakin berkurangan disebabkan kurangnya usaha untuk menanam semula pokok tersebut sehingga mengakibatkan tanaman tersebut semakin dilupakan. Mohd Yusof Idris, 54, salah seorang pemilik dusun buah mata kucing di Kampung Tenang, di sini, berkata, buah mata kucing memberi pulangan lumayan kepada dirinya … Read more

Keunikan dan sejarah Kampung Desa Temu Jodoh

SEGAMAT – Pengunjung yang pertama kali datang ke daerah Segamat melalui pekan Yong Peng pasti akan menoleh untuk kali kedua apabila melintasi Kampung Desa Temu Jodoh, Chaah, dekat sini, disebabkan oleh keunikan namanya. Perkampungan yang dibuka kira-kira 30 tahun lalu itu terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Yong Peng, Batu Pahat dan 60 km … Read more

BR1M bentuk tunai lebih mudah

LABIS – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berupa wang tunai adalah langkah dilaksanakan kerajaan dalam usaha menstrukturkan semula dan menambahbaikkan sistem penyampaian subsidi kepada golongan sasaran. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, pemberian secara tunai ini secara tidak langsung memberi kemudahan kepada penerima, selain mampu membantu meningkatkan ekonomi setempat terutama kawasan pedalaman dan … Read more