Ditangkap penduduk kampung selepas langgar warga emas

SEGAMAT – Tindakan dua pemuda yang ingin melarikan diri selepas melanggar seorang warga emas di Jalan Mariani, Kampung Jawa, di sini, tidak berjaya selepas mereka diberkas oleh penduduk kampung. Sumber Komuniti Facebook Segamat berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.05 pagi tadi selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki dua lelaki tersebut telah melanggar motosikal Modenas Kriss … Read more

Segamat Rangkul 2 Anugerah

SEGAMAT – Sempena Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Negeri Johor bagi Tahun 2015 yang telah diadakan di Dewan Raya Bandar Putra, Kulai baru-baru ini, daerah Segamat telah berjaya merangkul dua anugerah iaitu Anugerah Khas Ibu Bapa Mithali dan  Anugerah Pelatih PDK Lelaki Terbaik. Azizul Ibrahim, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat berkata anugerah ini menampilkan penerima … Read more

JKM cari waris kembar

SEGAMAT – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan kembar yang ditinggalkan di Hospital Daerah Segamat (HDS). Pegawai JKM Segamat, Mohd Azizul Ibrahim berkata, bayi tersebut yang baru berumur 15 hari itu ditinggalkan di HDS pada 2 November yang lalu dan dijumpai oleh kakitangan … Read more

Helikopter ditembak, rakan maut terpijak jerangkap samar di depan mata

SEGAMAT – Pengalaman helikopter Nuri ditembak pasukan komunis di hutan semasa melaksanakan Ops Gubir sehingga mengakibatkan kecederaan kepada tiga anggota komando yang berada di dalam helikopter tersebut mungkin tidak akan dapat dilupakan oleh Emran Karno, 64, sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota keselamatan negara. Ketika itu dia bersama lima lagi anggota Y Skuadron Rejimen Gerak Khas (RGK) … Read more

Pengedar surat khabar maut kemalangan kenderaan terbabas

SEGAMAT – Tindakan seorang pengedar surat khabar di Kampung Paya Jakas, di sini, yang sering bercerita mengenai mati akhirnya menjadi kenyataan apabila dia terlibat dalam satu kemalangan maut di Jementah, awal pagi kelmarin. Isteri mangsa, Salmah Putih, 57, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi kelmarin, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh suaminya, Zaadon … Read more

Racing FC dan PPNJ FC wakil Segamat

Persatuan Bola Sepak Daerah Segamat telah menyenaraikan dua pasukan bagi mewakili daerah Segamat untuk bertanding dalam kejohanan Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar Johor 2015 yang bermula pada 25 September 2015 dan dijangka berakhir pada 7 November depan. 20 pasukan akan berentap merebut Piala Menteri Besar Johor yang telah dibahagikan dalam empat kumpulan termasuk Racing … Read more

Dua kilang dan sebuah bengkel hangus terbakar

SEGAMAT – Dua buah kilang dan sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian Segamat, di sini, musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran kira-kira pukul 4.05 pagi semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat bandar Putra, Mohd Aizad Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran tersebut pada pukul 4.11 pagi sebelum dua buah jentera bomba dan 14 anggota dikejarkan ke … Read more

“Snap-Check” kesan penjenayah

SEGAMAT – Cawangan Kereta Peronda IPD Segamat dan juga Unit Ronda Bermotosikal akan lebih kerap mengadakan pemeriksaan secara “Snap-check” di lokasi-lokasi yang dikenal pasti berkemungkinan merupakan laluan kepada penjenayah. Menurut penyelia Cawangan Kereta Peronda, Sarjan Mohd Rais Bin Mohamed Darwish, orang ramai tidak perlu bimbang tentang pendekatan pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis kerana matlamat … Read more

“Dangdut Rimba” diperiksa lagi

SEGAMAT – Berdasarkan rungutan dan aduan daripada masyarakat awam, Ketua Polis Balai Segamat, Insp Mohd Toher telah merancangkan satu Ops Bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Daerah Segamat dan Majlis Daerah Segamat mengadakan pemeriksaan mengejut di tiga buah kedai makan di sekitar Lebuhraya Segamat – Kuantan sehingga persimpangan masuk jalan ke Felda Pemanis Segamat. Tepat pada … Read more

‘Ultraman’ pecah masuk pasaraya

SEGAMAT – Sebuah pasaraya di Jalan Kekwa, di sini, kerugian kira-kira RM2,000 apabila pasaraya berkenaan dipecah masuk oleh seorang lelaki yang memakai topeng Ultraman, awal pagi kelmarin. Penyelia keselamatan pasaraya tersebut, Wan Norizan Wan Idris, 44, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, kelibat suspek memecah masuk pasaraya itu berjaya dirakam oleh empat kamera … Read more