SEGAMAT – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan kembar yang ditinggalkan di Hospital Daerah Segamat (HDS).

Pegawai JKM Segamat, Mohd Azizul Ibrahim berkata, bayi tersebut yang baru berumur 15 hari itu ditinggalkan di HDS pada 2 November yang lalu dan dijumpai oleh kakitangan hospital yang bertugas.

“Turut ditemui pada kedua-dua bayi perempuan tersebut adalah buku kelahiran sahaja manakala dokumen-dokumen lain seperti surat beranak juga tiada.

Salah seorang bayi kembar perempuan yang ditinggalkan di Hospital Daerah Segamat
Salah seorang bayi kembar perempuan yang ditinggalkan di Hospital Daerah Segamat

“Kini bayi terbabit ditempatkan sementara di institusi JKM melalui perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibuat pada 12 November lalu,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat.

Menurutnya, sehingga kini juga masih belum ada pihak atau waris mahupun ibu kandung bayi berkenaan tampil untuk menuntutnya.

Katanya lagi, pihaknya memohon kepada waris atau sesiapa yang mengenali ibu kandung bayi berkenaan untuk tampil dan menuntut bayi terbabit.

“Ia demi kebaikan dan masa depan bayi berkenaan serta bagi memastikan penempatannya lebih terjamin.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Segamat di talian 079311331 atau 079256411 atau datang terus ke pejabat kami,” katanya.

(Visited 456 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!