SEGAMAT – Berdasarkan rungutan dan aduan daripada masyarakat awam, Ketua Polis Balai Segamat, Insp Mohd Toher telah merancangkan satu Ops Bersepadu bersama Jabatan Agama Islam Daerah Segamat dan Majlis Daerah Segamat mengadakan pemeriksaan mengejut di tiga buah kedai makan di sekitar Lebuhraya Segamat – Kuantan sehingga persimpangan masuk jalan ke Felda Pemanis Segamat.

Tepat pada jam 10 malam, beliau yang mengetuai Ops Bersepadu berkenaan telah mengadakan taklimat dan panggil nama di perkarangan balai, dimana enam anggota dari Balai Polis Segamat, empat anggota dari Majlis Daerah Segamat dan empat anggota dari Jabatan Agama Islam Segamat turut terlibat dalam Ops berkenaan.

Menurut Insp Mohd Toher, pemeriksaan dilakukan adalah disebabkan rungutan dan aduan orang awam behubung tiga buah kedai makan tersebut yang dikenali sebagai “Dangdut Rimba” ada menjalankan penjualan air ketum, arak dan juga menyediakan pelayan wanita. Walaubagaimanapun, semasa pemeriksaan dijalankan, satu daripada kedai makan tersebut didapati tutup manakala dua lagi didapati beroperasi seperti biasa.

Beberapa anggota penguatkuasa sedang membuat pemeriksaan terhadap pengunjung "Dangdut Rimba"
Beberapa anggota penguatkuasa sedang membuat pemeriksaan terhadap pengunjung “Dangdut Rimba”. | Gambar dan artikel oleh Polis Daerah Segamat

Ini merupakan serbuan dan pemeriksaan kali kedua yang telah dijalankan oleh pihak polis berikutan aduan orang ramai. Pemeriksaan pertama dijalankan pada pertengahan bulan puasa yang lalu kerana sebahagian penduduk yang tidak senang dengan sikap pengusaha kedai makan tersebut yang menjalankan perniagaan berkenaan pada bulan Ramadhan.

Menurut Insp Mohd Toher juga, pihak polis akan sentiasa memantau kegiatan perniagaan di kedai-kedai makan yang menjalankan kegiatan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang masyarakat setempat dan akan mengambil tindakan jika didapati aduan tersebut benar berlaku.
(Visited 316 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!