LABIS – Hasrat seorang warga emas di Felda Chemplak, di sini, untuk mengadakan kenduri tahlil untuk arwah suaminya Sabtu ini tidak kesampaian selepas dia ditemui rentung dalam kebakaran di rumahnya, malam tadi.

Shafiee Leman, 47, berkata, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa ibunya, Wagiam Wongso, 84, selepas dihubungi oleh salah seorang jiran ibunya kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Saya kemudian terus menghubungi salah seorang adik yang tinggal di Felda Redong dan memintanya pulang ke kampung sebelum saya sendiri bergegas dari rumah di Simpang Jabi dengan keadaan yang tidak keruan.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran

“Setibanya saya di sana, luluh hati melihat rumah peninggalan arwah bapa sudah hangus dijilat api dan ketika itu bomba sedang bertungkus lumus memadamkan api dan saya dimaklumkan keadaan badan emak memang 100 peratus hangus,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Menurutnya, emaknya hanya tinggal seorang diri di rumah tersebut selepas arwah bapanya, Leman Noor meninggal dunia beberapa tahun lalu dan kali terakhir dia berjumpa ibunya adalah pada hari Selasa lalu ketika membincangkan persiapan kenduri tahlil arwah bapanya bersama adik beradiknya yang lain.

Wagiam Wongso
Wagiam Wongso

Sementara itu, anak ketiga mangsa, Saadiah Leman, 55, berkata, dia yang menetap di Muar hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan adiknya, Noraini Leman,43, yang tinggal di Tangkak melalui panggilan telefon kira-kira pukul 11 malam sebelum bergegas pulang ke rumah ibunya di Felda Chemplak.

“Kali terakir saya bertemu dengannya 10 hari lalu dan ketika itu arwah ibu tidak banyak bercakap dan tidak begitu berselera untuk makan, namun kami tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku kerana beranggapan dia hilang selera makan disebabkan cuaca panas ketika itu.

“Saya dimaklumkan oleh adik serta jiran yang arwah emak cuba menyelamatkan diri, namun nasibnya tidak baik apabila dihempap sebatang kayu ketika berhampiran salah satu pintu di bahagian dapur rumah tersebut sebelum rebah dan terperangkap dalam kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Mohd Taha Husian berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian tersebut pada pukul 11.10 malam sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke kawasan kejadian.

Menurutnya, pihaknya juga turut menerima bantuan daripada Balai Bomba Bandar Putra dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan mayat mangsa dibawa ke Rumah Mayat Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

(Visited 1,422 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!