SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) meminta penduduk di sekitar kawasan pentadbirannya menjadi ahli Rakan Taman agar masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat dalam penjagaan kawasan persekitaran.

Yang Dipertuanya, Miswan Yunos berkata, Rakan Taman ini merupakan program kesukarelawan bagi menggalakkan masyarakat memelihara, menjaga keindahan dan kebersihan lanskap serta taman di kawasan kejiranan mereka.

“Mereka (Rakan Taman) juga berperanan membantu pihak PBT menjaga dan dan menyelenggara kawasan kejiranan melalui sumbangan tenaga, input atau peralatan secara sukarela seperti pemotongan rumput, penanaman pokok dan pembersihan longkang.

“Ahli-ahli Rakan Taman juga dianggap sebagai anggota keluarga MDS dan dapat membantu kami menjaga persekitaran taman-taman daripada vandalisme dengan boleh menghubungi terus jabatan yang bertanggungjawab untuk pembaikan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas merasmikan Program Gerak Kerja Rakan Taman Sempena Hari Landskap Negara 2017 di Taman Makmur Bukit Siput, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, bagi penduduk bandar, Rakan Taman juga dapat dijadikan platform mengalakkan masyarakat melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk pertanian bandar dan persekitaran mereka.

“Rakan Taman juga sebenarnya turut bertindak sebagai mata dan telinga kepada PBT dalam pengurusan taman supaya ia sentiasa berada di dalam keadaan terurus dan selesa digunakan oleh orang awam.

“Secara tidak langsung, program Rakan Taman ini merupakan landasan yang boleh digunakan untuk memupuk semangat kesukarelawanan dan dijadikan amalan memelihara, menyelenggara dan mengawasi taman yang telah dinaiktaraf,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga telah meminta semua Ahli Majlis MDS agar menggerakkan masyarakat untuk menjalankan operasi memusnahkan kawasan-kawasan yang berisiko untuk pembiakan nyamuk aedes mengikut zon masing-masing.

Katanya, Unit Vektor MDS juga telah diarah untuk bersama-sama Ahli Majlis untuk melaksanakan operasi denggi ini terutamanya ketika musim tengkujuh yang boleh menyebabkan peningkatan kes denggi di daerah ini.

(Visited 312 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!