Ustaz Jawab | Cara Solat Jamak

Mohammad Khiq : Cara solat jamak USTAZ : Solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu Zohor kepada Asar atau Asar kepada Zohor, Maghrib kepada Isyak atau Isyak kepada Maghrib. Solat jamak terbahagi kepada 2 iaitu :- Jamak Taqdim Melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu Zuhur dan Maghrib. Contohnya … Read more

Jualan pisang goreng mampu tampung belanja 3 anak di IPT

SEGAMAT – Rakyat Johor sememangnya sinonim dengan pisang goreng yang dicicah bersama sambal kicap sebagai menu ringan pada waktu petang sehingga menjadikannya sebagai salah satu kudapan ‘wajib’ dan menjadi identiti rakyat negeri ini. Ini kerana, boleh dikatakan di setiap taman perumahan, pekan kecil sehingga ke bandar-bandar besar, wujud gerai-gerai menjual pisang goreng yang disajikan dengan … Read more

Ibu terkejut, anak lelong barang butik

SEGAMAT – Seorang pengusaha butik perkahwinan di Jalan Salim, Kampung Abdullah, di sini, terpaksa berputih mata apabila kesemua barangan yang terdapat di kedainya itu dilelong oleh anaknya sendiri tanpa pengetahuannya. Mangsa yang ingin dikenali sebagai, Nurshila, 54, berkata, dia mengetahui barangan di kedainya dilelong melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar adik lelakinya, 17 Februari … Read more

Ustaz Jawab | Baju yang dibasuh menggunakan mesin basuh tidak suci?

Syahrizan : Saya ada mendengar orang kata bahawa baju yang dibasuh menggunakan mesin basuh adalah tidak sah digunakan untuk bersolat. Ini adalah kerana baju yang dibasuh menggunakan mesin basuh akan menggunakan air yang bertakung dan bukannya air yang mengalir. Apa pendapat Ustaz? USTAZ : Basuhan memang kena air yang mengalir jika air tersebut kurang daripada … Read more

Projek KFBS – 1 Cup Of Coffee & 1 For Wall

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sukacita Komuniti Facebook Segamat ingin menjemput pengusaha gerai makanan untuk menjayakan kempen “1 Cup Of Coffee & 1 For Wall”, ini adalah satu cara komuniti facebook membantu mempromosikan gerai anda di samping anda beramal. TATACARA PERLAKSANAAN Sesiapa yang pergi ke gerai boleh membuat pembayaran untuk minuman / makanan mereka dan membayar … Read more

Variasi menu burger baharu

MENJUAL burger nyata mampu memberikan pulangan lumayan kepada peniaga jika ia diuruskan dengan sistematik selain mewujudkan variasi menu baharu buat pelanggan.Bagi pemilik gerai Santai Burger Kukus, Rozi Hassan, 45, dia mengetengahkan menu burger kukus sebagai kelainan dalam perniagaan menjual makanan ringkas itu dan menjadi peniaga burger kukus pertama di Segamat.Menurutnya, gerainya yang terletak di Jalan … Read more

Ops Lejang tumpu sekitar Labis

LABIS – Bagi mengurangkan kejadian jenayah di sekitar daerah kecil Labis, satu Ops Lejang dilakukan anggota Balai Polis Labis, dengan menumpukan beberapa lokasi sekitar Labis dan taman perumahan. Ketua Balai Polis Labis, Inspektor Chan Kok Chuan berkata, beberapa anggotanya juga telah keluar bersama membuat rondaan pencegahan jenayah dan pemeriksaan di beberapa jalan yang dikenalpasti sebagai … Read more

Pulut periuk kera hidangan eksotik

Masyarakat hari ini mungkin hanya mengetahui periuk kera merupakan tumbuhan meliar di hutan selain dijadikan tanaman hiasan yang eksotik oleh penggemar pokok hiasan. Namun bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan isterinya, Norashikin Salimin, 41, yang tinggal di Kampung Tenang, Labis ini, periuk kera bukan sekadar tumbuhan liar atau tanaman hiasan semata-mata, sebaliknya merupakan sumber rezeki bagi … Read more

Kaedah mengatur tabiat makan anak-anak

KECENDERUNGAN kanak-kanak memilih makanan segera dan makanan rapu (junk food) sebenarnya mewujudkan tabiat pemakanan tidak sihat. Memburukkan keadaan, hampir saban hari kanak-kanak ini terdedah dan tertarik dengan iklan-iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan. Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan di pasaran hari ini mengandungi emulsifier, bahan pewarna dan perisa yang antaranya boleh mendatangkan mudarat. … Read more

Tahukah anda, jangka hayat Power Supply Unit (PSU)?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ramai pengguna berpendapat bahawa barangan elektronik sekali beli pakai sampai bertahun-tahun. Sebenarnya ini adalah rahsia pembikinan barangan elektronik. Komponen elektronik mempunyai jangka hayatnya yang tertentu. Q: Saya jarang buka komputer pun boleh rosak? A: Ya, ini kerana diod dan kapasitor akan mempunyai jangka hayatnya, seperti kita ketahui fungsi diod adalah untuk … Read more

Buah mata kucing diancam kepupusan

LABIS – Pokok buah mata kucing yang dahulunya banyak di sekitar kawasan Labis kini semakin berkurangan disebabkan kurangnya usaha untuk menanam semula pokok tersebut sehingga mengakibatkan tanaman tersebut semakin dilupakan. Mohd Yusof Idris, 54, salah seorang pemilik dusun buah mata kucing di Kampung Tenang, di sini, berkata, buah mata kucing memberi pulangan lumayan kepada dirinya … Read more

Karnival Kebudayaan, Kesihatan & Sukan Rakyat

Kunjungi Citra Medini – Karnival Kebudayaan, Kesihatan dan Sukan Rakyat yang berlangsung mulai 12 sehingga 28 Febuari 2015 bertempat di Dataran Segamat anjuran Segamat Fan Club dengan kerjasama Majlis Daerah Segamat, Pejabat Kesihatan Daerah Segamat serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Luangkan masa anda bersama keluarga dan bawa mereka bermain Soopa Doopa, Rumah Hantu, … Read more

Pembuatan lukah kesenian yang semakin dilupakan

POGOH – Pelbagai kaedah tradisional digunakan oleh masyarakat Melayu di kawasan kampung dan pedalaman untuk menangkap ikan di sungai seperti jala, jaring, pancing dan turut tidak terkecuali dengan memasang lukah atau bubu. Lukah yang kebiasaannya mempunyai pelbagai saiz dan lazimnya berukuran satu meter ukur lilit dan satu setengah meter panjang mempunyai satu atau dua injap … Read more

Sambutan Valentine’s Day bukan cara Islam

“Sempena Hari Kekasih 14 Februari nanti, abang nak sambut dengan sayang sebagai tanda betapa dalamnya cinta abang kepada sayang”. “Terima kasih abang, Valentine’s Day ini adalah hari paling istimewa untuk sayang.” Dialog sebegini mungkin biasa  kita dengari atau ucapkan sendiri dalam kalangan pasangan suami isteri mahu pun pasangan kekasih yang mahu ‘membuktikan’ taat setia dan … Read more

Musim yang ditunggu kaki pancing

SEGAMAT – Spesies ikan lais tidak seperti ikan baung, patin, kelah dan toman yang boleh dipancing pada bila-bila masa asalkan kena pada lubuknya, sebaliknya pemburuan ikan lais adalah bermusim. Ini kerana, musim memancing ikan lais ini hanya datang antara dua atau tiga tahun sekali bergantung kepada keadaan air sungai dan musim banjir dan sememangnya musim … Read more

Sistem peparitan tidak diselenggara

Jika sistem peparitan tidak diselenggara dengan sempurna, ia di khuatiri akan menyebabkan pelbagai penyakit yang tidak diingini merebak seperti wabak denggi. Sampah sarap yang tersumbat di dalam parit akan menyekat pengaliran air. Apabila air bertakung ia akan menyebabkan nyamuk aedes mudah membiak. Diharapkan pihak majlis dapat memantau perkara ini. Semoga orang ramai dan peniaga tidak … Read more

Tahukah anda, bagaimana membunuh lipas

ATAU MENGHALAU KOLONI LIPAS DARI MEREBAK Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Petua ringkas ini mungkin dapat membantu anda menghindari kehadiran lipas yang banyak memberi kerosakkan kepada barangan anda. Caranya : Mengelakkan: Lipas tidak suka kepada bauan wangi, ambil sebiji sabun mandi di kukur menjadi leraian kecil atau dipotong dadu dan di taburkan ke kawasan yang mempunyai … Read more

Tahukah anda, tidur sebentar di pejabat banyak faedahnya?

SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak … Read more

Membanteras judi secara menyeluruh demi kesejahteraan ummah

BERJUDI adalah satu jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi atau “al-maisir” ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib yang menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dan pemenang pertaruhan akan mendapat hasil berlipat kali ganda. Perjudian amnya dimainkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya menggunakan dadu dan daun terup, tikam, loteri, pertaruhan … Read more

Bagaimana buat panggilan percuma?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Zaman sekarang sudah berubah, selagi ada internet banyak benda percuma boleh diguna dengan pelbagai cara. Bercakap tentang percuma semua orang suka tidak kira tua, muda dan kanak-kanak semua suka. Mari saya ajar bagaimana ingin buat panggilan percuma walau ke hujung dunia.Kebarangkalian orang yang tidak mempunyai facebook adalah sedikit, selepas ini boleh … Read more

Bagaimana perisian berfungsi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jika kita sebut fasal perisian mungkin ramai tidak ambil tahu selagi ia boleh dimuat turun secara percuma dan berguna untuk kegunaan diri sendiri. Namun tahukah anda kesemua perisian ini jika diringkaskan kepada bahasa pengaturcaraan yang paling asas ia merupakan bacaan suis. 1 (mewakili-suis ON) dan 0 (mewakili-suis OFF) Atau lebih dikenali … Read more

Restoran RZ saji hidangan enak

Assalamualaikum dan salam Segamat Selamat. Apabila bercerita mengenai juadah dan makanan yang menjadi identiti di daerah ini, secara tidak langsung pasti akan terbayangkan keenakan serta kelazatan ikan baung dan udang galahnya sehinggakan dua hidangan tersebut yang mengangkat nama daerah ‘Segar Amat’ ini. Jika buah-buahan pula, aroma durian pula terus menusuk ke sanubari dan durian Segamat … Read more

Ibu tunggal maut ditanduk kerbau

SEGAMAT: Seorang wanita berusia 46 tahun maut diserang kerbau mengamuk di Kg Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat 11.30 pagi tadi. Kejadian berlaku ketika Rosnani Wahid dikatakan cuba menghalau haiwan itu menjauhi pokok getah yang mahu ditorehnya. Namun mangsa tidak menyedari kerbau betina itu sedang cuba melepaskan diri apabila talinya tersangkut pada akar pokok getah. Saksi … Read more

Tahukah anda, bagaimana untuk mengetahui kondisi telur?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mungkin penulisan ringkas ini dapat membantu suri rumah atau sura rumah sebelum memecahkan telur yang banyak secara tiba-tiba telur yang terakhir adalah telur tembelang (rosak), maka rugilah kita terpaksa membuang semua telur yang telah dipecahkan di dalam bekas. Insyallah gambar ini boleh memberi kita idea dan berhati-hati jika ingin memecahkan telur. … Read more

Tahukah anda, 3 jawapan ringkas tentang Ferrari

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila kita membaca di blog lain rata-rata ia membosankan, terutama wanita yang tidak minat langsung dengan Ferrari, maklumlah ia pesaing yang hebat pada semua kaum wanita. Saya tidak akan bercerita tentang harga, gambar kilang, siapa pemilik, cuma ia sekadar penulisan ringkas sahaja. Q: Berapa lama masa diambil untuk membuat tempahan? A: … Read more

58 tahun tidak pernah jamah nasi

SEGAMAT – Seorang lelaki di Felda Kemelah, di sini, mempunyai keistimewaan tersendiri apabila sepanjang hidupnya tidak pernah menjamah nasi sebaliknya bergantung kepada makanan yang berasaskan tepung dan buah-buahan sahaja. Adon Mohd, 58, berkata, disebabkan tabiat peliknya itu, penduduk setempat menggelarnya dengan gelaran ‘Adon Tepung‘ dan bagi dirinya itu adalah satu kelebihan yang terdapat pada dirinya … Read more

7 sebab Apple tidak promosikan produk mereka

APPLE TIDAK MENGKHUSUSKAN PENJUALAN PRODUK Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mungkin tajuk kecil ini membuatkan anda berfikir sejenak. Jika Apple tidak mengkhususkan penjualan produk barangan macam mana POS (Point-Of-Sales) mereka sedangkan semakin tahun ROI (Return Of  Invesment) mereka tetap berada di tangga teratas disamping keuntungan yang jauh melebihi sasaran saban tahun. Ini membuatkan produk gajet lain … Read more

Keunikan dan sejarah Kampung Desa Temu Jodoh

SEGAMAT – Pengunjung yang pertama kali datang ke daerah Segamat melalui pekan Yong Peng pasti akan menoleh untuk kali kedua apabila melintasi Kampung Desa Temu Jodoh, Chaah, dekat sini, disebabkan oleh keunikan namanya. Perkampungan yang dibuka kira-kira 30 tahun lalu itu terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Yong Peng, Batu Pahat dan 60 km … Read more

Tahukah anda, asal usul jenama automobil Toyota

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Asal usul jenama automobil Toyota bermula dari kilang tenunan tekstil/sutera. Sejarah penubuhan bermula pada tahun 1933 oleh Kiichiro dan nama keluarga : Toyoda (bermula dari sini penjenamaan produk). Beliau (Kiichiro) adalah Putera kepada Sakichi Toyoda iaitu seorang taikun tekstile di Jepun pada masa tersebut. Mula mengembangkan produk pembuatan automobil pada 1936 … Read more

Tahukah anda, nikkmatnya bersin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kejadian manusia memang unik sehingga di tiupkan ruh ke dalam jasad manusia pertama-tamanya tika Nabi Adam a.s lalu ia bersin dan melafaskan Alhamdulillah (Syukur Kehadrat Allah) yang telah menciptakannya. Namun tahukah anda ?  Manusia bersin mesti memejam mata dan sebenarnya fungsi tubuh kita mati seketika, ada 2 keadaan manusia akan mati … Read more

Separuh Bogel

Segamat: Orang ramai yang berurusan di sekitar Jalan Ros, di sini, semalam gempar apabila melihat seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh bogel sebelum masuk ke dalam sebuah teksi sedang parkir dan menguncinya. Saksi kejadian yang juga pemandu teksi dikenali sebagai Tan, 50-an berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu … Read more

Sifat Hard Disk , SSD (Solid State Drive), Pendrive dan Semua Peranti Memori tidak kekal lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ramai pengguna menjangkakan setiap peranti memori adalah bersifat kekal. Sebenarnya sangkaan anda itu tidak tepat, kerana semua peranti memori mempunyai jangka hayat yang tertentu dan ianya akan musnah atau rosak apabila sampai jangka waktunya. Ini adalah kerana sumber pembuatan yang tersedia memang tidak kekal lama cuma yang membedakannya adalah ketahanan. … Read more

Kampung Gudang Garam Penuh Sejarah

SEGAMAT – Sekiranya kita mendengar atau melihat perkataan Gudang Garam, pastinya akan teringat kepada rokok kretek buatan Indonesia yang termasyhur. Namun sayang, kita tidak akan bertemu sebuah kilang atau gudang rokok di daerah ini sebaliknya sebuah kampung yang indah. Terbitnya nama Kampung Gudang garam mempunyai variasinya tersendiri. Variasi pertama, kampung tersebut dikatakan dinamakan oleh sekumpulan … Read more

Bagaimana Ingin Menyemak Domain Status

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips ini mungkin membantu anda bagi mengesan status dan kepunyaan sesebuah domain atau portal. Terdapat beberapa status yang membolehkan kita membuat penilaian terhadap sesebuah portal. Ianya termasuklah : Kepunyaan siapa? Bila didaftarkan atau masihkah aktif ? Alamat dan nombor telefon pemilik portal. Adakah di cipta untuk tujuan scam atau sebagainya. Gunakan … Read more

Tahukah anda, asal usul kereta jenama Nissan

Assalamualikum dan salam sejahtera. Jelas sekarang produk automobil berjenama NISSAN amat diminati dan digemari oleh penguna automobil kerana bentuknya yang futureistik dan menarik. Namun tahukah anda bagaimana nama NISSAN tercipta? Ianya bermula dengan bahasa Jepun iaitu nombor “NI” yang bermaksud dua (2) dan “SAN” yang bermaksud tiga (3). Maka tidak hairanlah NISSAN juga sentiasa menambah … Read more

Kayuh Basikal 15 km ambil BR1M

SEGAMAT – Semata-mata mahu mengambil duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ibu tunggal di Kampung Tengah dekat sini, sanggup mengayuh basikal 15 kilometer (km) ke Dewan Serba Guna Jalan Genuang, kelmarin. Kamsah Mudakir, 55, berkata, dia terpaksa mengambil masa selama 45 minit dari rumahnya ke dewan tersebut dan mengakui sudah biasa berbasikal walaupun terpaksa melalui jalan … Read more

Minyak Tanah (Kerosin) adalah merupakan bahan api pesawat

Tahukah anda bahan api yang digunakan oleh kapal terbang adalah “kerosin” ataupun dalam bahasa yang biasa minyak tanah? Bahan bakar ini biasanya digunakan bagi memulakan pembakaran kayu atau arang bagi menghidupkan api dapur pada satu ketika dahulu malah ada yang menggunakanya untuk nyalaan lampu. Di hari raya sering digunakan bagi menghidupkan sumbu api pelita hari raya. … Read more

Bagaimana ingin memendekkan alamat URL yang panjang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sesetengah sosial media atau blog tidak menerima alamat URL yang terlalu panjang. Di sini kami ingin berkongsi ilmu bagaimana ingin menjadikan ianya pendek dan anda boleh tampan di mana-mana tempat seperti bloger, sosial media dan sebagainya. Buka browser dan masukkan alamat ini :  https://bitly.com/shorten Kemudian copy alamat link yang panjang tersebut … Read more

Amalan penjagaan bateri yang betul

Ramai pengguna tidak mengendahkan kaedah penjagaan bateri bagi peranti mereka seperti telefon pintar, komputer riba malah bank bateri. Akibat kegagalan menjalankan etika pengecasan bateri yang baik , maka peranti mungkin tidak mampu memiliki jangka hayatnya lebih lama. Kebiasaannya bateri nical cadmium / lithium yang di gunakan hanya mampu bertahan pada tahap optimum seusia 3 tahun … Read more

BR1M bentuk tunai lebih mudah

LABIS – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berupa wang tunai adalah langkah dilaksanakan kerajaan dalam usaha menstrukturkan semula dan menambahbaikkan sistem penyampaian subsidi kepada golongan sasaran. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, pemberian secara tunai ini secara tidak langsung memberi kemudahan kepada penerima, selain mampu membantu meningkatkan ekonomi setempat terutama kawasan pedalaman dan … Read more

Hanya menumpang kasih jiran

SEGAMAT – Tiada sesiapa menyangka keadaan sebuah rumah yang hampir roboh dan terletak agak jauh dari kawasan rumah penduduk di Kampung Gelang Chinchin, di sini, didiami seorang warga emas uzur. Maimunah Yahaya, 86, yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia tinggal sebatang kara di rumah tersebut selepas kematian suami, Jaafar Mamat, kira-kira beberapa tahun lalu … Read more

Sejarah Segamat

Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar “Daerah Lagenda”. Sejarah silam daerah Segamat sering dikaitkan dengan kehebatan kerajaan Malim Dewa yang kononnya pada suatu masa dahulu pernah wujud di satu kawasan luas merintangi Kuala Muar hinggalah ke hulu daerah Segamat. Menurut cerita orang tua-tua Putera … Read more