Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kejadian manusia memang unik sehingga di tiupkan ruh ke dalam jasad manusia pertama-tamanya tika Nabi Adam a.s lalu ia bersin dan melafaskan Alhamdulillah (Syukur Kehadrat Allah) yang telah menciptakannya.
Namun tahukah anda ? Manusia bersin mesti memejam mata dan sebenarnya fungsi tubuh kita mati seketika, ada 2 keadaan manusia akan mati seketika. Satunya ketika tidur, dan dua ketika bersin. Oleh yang demikian kita mesti mengucap syukur ketika kedua – dua keadaan tersebut berlaku kepada kita. Ia ini ketika bangun tidur (membaca doa) dan selepas bersin. Sungguh Allah memberikan pinjaman nyawa lagi tika ini.
Fakta menarik perlakuan bersin :
- Jika bersin terlalu keras boleh mematahkan tulang iga (selangka).
- Jika cuba menahan bersin mengakibatkan pecah pembuluh nadi di leher dan kepala dan terus mati.
- Tika bersin membuka mata boleh mengakibatkan bebola mata tersembul keluar dari rongga soket mata.
(Visited 341 times, 1 visits today)
Comments