6 Kawasan Aktif Denggi Di Segamat Bermula 27 Januari Hingga 9 Februari 2026

SEGAMAT – Beberapa kawasan di daerah Segamat telah dikenal pasti sebagai Kawasan Aktif Denggi bagi tempoh 27 Januari 2026 hingga 9 Februari 2026, menurut makluman rasmi daripada Pejabat Kesihatan Daerah Segamat. Antara kawasan yang terlibat ialah: Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan dengan meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu … Read more

Warga Emas Isi Masa Terluang Jinakkan Kancil dan Kijang

LABIS – Golongan muda hari ini bukan sahaja tidak berpeluang menikmati keenakannya, malah turut tidak berpeluang melihat secara dekat beberapa spesis haiwan liar seperti landak, kancil, kijang dan rusa tempatan yang semakin diancam kepupusan. Namun usaha gigih seorang warga emas di Kampung Tenang menjinak dan menternak beberapa spesis haiwan liar seperti kancil dan kijang patut dipuji kerana … Read more

Wakaf Serendah RM20 Per Lot

Bagi menampung kos pembinaan Madrasah Tahfiz Nurul Imah, Juaseh, Labis. Labis : Pengurusan Madrasah Tahfiz Nurul Iman Kampung Juaseh memerlukan kira-kira RM250,000 tambahan  bagi menampung kos menyiapkan Madrasah perempuan tahfiz tersebut yang sedang dalam pembinaan. Pengerusinya, Mohd. Khair Mean berkata, orang ramai yang berhasrat untuk membantu boleh berwakaf dengan nilai RM 20 setiap lot bagi … Read more

Lebih 30 pembeli Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Labis berdepan risiko diusir keluar

LABIS : Lebih 30 pembeli Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Labis berdepan risiko diusir oleh pemilik asal gara-gara kecuaian Setiausaha Kerajaan (SUK) Perumahan Negeri Johor yang menjual unit kediaman yang sudah dijual dan didaftarkan hak milik atas nama individu lain sebelum menjual semula buat kali kedua kepada mereka pada tahun 2002. Salah seorang pembeli, Faridah … Read more

Kaunter Bergerak SSM Segamat 2020

Jadual perkhidmatan Kaunter Litar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Segamat sepanjang tahun 2020 yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk peniaga-peniaga yang tinggal di Segamat dan yang berhampiran. Masa Operasi dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di LK1, Bangunan Aked MARA, Jalan Ibrahim, 85000 Segamat, Johor Darul Ta’zim.  

Kaunter Bergerak SSM Segamat 2019

Jadual perkhidmatan Kaunter Litar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Segamat sepanjang tahun 2019 yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk peniaga-peniaga yang tinggal di Segamat dan yang berhampiran. Masa Operasi dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di LK1, Bangunan Aked MARA, Jalan Ibrahim, 85000 Segamat, Johor Darul Ta’zim.

Karnival Muafakat 2018

Bosan tak tau nak buat apa sepanjang musim ‘raya’ ni? Rimas dengan kempen politik je? Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya. Mari datang ramai-ramai ke Karnival Muafakat 2018 di Bandar Utama pada 27 April hingga 6 Mei ini. Program anjuran Yayasan Muafakat dan kerjasama Renee Event ini akan diisi dengan pelbagai program dan aktiviti menarik yang … Read more

Jom ke Program Sepakat Komuniti 1Malaysia

Satu lagi program peringkat Negeri Johor akan diadakan di Segamat, Johor hujung minggu ini yang menyajikan pelbagai aktiviti dan program sepanjang ia berlangsung. Bermula dengan karnival pada 9 Mac 2018, Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Johor 2018 kali ini mengambil tempat di kawasan lapang di Taman Utama, Segamat sehingga 17 Mac 2018. Program anjuran … Read more

Karnival Muafakat Belia dan Penduduk Kampung

Apa khabar orang Segamat! Hujung minggu ni tak ada aktiviti? Tak pe, jangan risau kerana pada 2 dan 3 Mac 2018 ini ada Karnival Muafakat Belia dan Penduduk Kampung di Padang SK Kampung Tengah, Segamat. Macam-macam aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur sepanjang dua hari program berlangsung, antaranya: ▶ Program Johor Mahir (2.3.2018) ▶ Pertandingan Bola … Read more

Hospital Segamat cari waris mayat

SEGAMAT – Hospital Daerah Segamat (HDS) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dan mencari waris mayat yang tidak dituntut di Rumah Mayat HDS. Pengarahnya, Dr Mokhtar Ahmad berkata, Lim Hock Beng, 75, meninggal dunia pada jam 2.20 petang 5 Februari lalu lalu dan sehingga kini mayatnya itu tidak dituntut. “Alamat terakhir si mati adalah di … Read more

Yok ke Fiesta Sehati @ RTM Peringkat Negeri Johor

Orang Segamat nak masuk tv dan radio tak?? Ha..kalau nak, mari ramai-ramai datang ke Fiesta Sehati @ RTM Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di Dataran Segamat selama dua hari pada 9 dan 10 Februari ini. Dikhabarkan RTM juga akan membuat lintas langsung rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan rakaman-rakaman lain dan inilah masanya orang … Read more

Kaunter Bergerak SSM Segamat 2018

Di bawah ini disertakan jadual Perkhidmatan Kaunter Litar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Segamat sepanjang tahun 2018 yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk peniaga-peniaga yang tinggal di Segamat dan yang berhampiran. Masa Operasi dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di LK1, Bangunan Aked MARA, Jalan Ibrahim, 85000 Segamat, Johor Darul Ta’zim.   … Read more

Segamat melakar sejarah

Bermula 1 Januari 2018, Majlis Daerah Segamat (MDS) akan dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Segamat dan berita ini adalah suatu yang amat menggembirakan bagi warga Segamat secara amnya. Pelbagai aktiviti dan program menarik telah disusun oleh penganjur bermula 31 Disember 2017 antaranya Pertunjukan Drift pada jam 3.00 petang bertempat di Jalan Awang, Segamat (berhampiran Pejabat Pos) … Read more

Calon SPM maut kemalangan

SEGAMAT – Seorang remaja tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di Kilometer 6 Jalan Paya Pulai-Pogoh, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira 7.15 petang itu, mangsa, Mohamad Arif Najmi Mohd Zailani, 17, meninggal dunia serta merta … Read more

Kakitangan JKR meninggal dunia ketika bekerja

SEGAMAT – Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang melakukan kerja di Taman Astakajaya, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa, Azemi Ahmad, 51, yang bekerja sebagai pemotong rumput mengadu mengalami kesukaran bernafas dengan rakan … Read more

Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang

LABIS – Empat keluarga termasuk seorang warga emas di Jalan Hoe Peng, Bekok, di sini, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah sewa yang didiaminya sejak lima tahun lalu musnah dalam kebakaran. Sarmin Kamsi, 73, berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, hanya dua cucunya, Fatin Farhana Abdullah, 13, dan Muhammad Haikal Akmal, 7, yang berada … Read more

Alu-alukan penglibatan IPT

SEGAMAT –Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) daerah Segamat sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta dalam memperbaiki taraf pendidikan anak-anak Orang Asli di daerah ini. Pegawai Jakoa Segamat, Yazid Beram berkata, ini bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa Orang Asli betapa pentingnya pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka. “Kita juga … Read more

HDS terima perkhidmatan pergigian secara tetap

SEGAMAT – Hospital Daerah Segamat (HDS) melangkah setapak ke hadapan apabila menerima perkhidmatan terbaharu iaitu perkhidmatan pergigian yang telah mula beroperasi secara tetap sejak bulan Julai yang lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sejarah perkhidmatan pergigian di HDS telah bermula pada tahun 2008 namun hanya menerima lawatan … Read more

Hasrat miliki rumah sendiri hampir terlaksana

LABIS – Penantian 135 generasi kedua Felda Chemplak Barat, di sini, selama enam tahun untuk memiliki rumah sendiri hampir terlaksana selepas mereka menerima borang permohonan tapak rumah. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, terdapat beberapa lagi proses yang perlu dilalui oleh pemohon selepas penyerahan borang permohonan tapak rumah ini di atas tanah yang berkeluasan kira-kira … Read more

MOA sasar kurangkan import jagung bijian

LABIS – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyasarkan dapat mengurangkan sekitar 30 peratus hasil import jagung bijian untuk makanan haiwan ternakan dalam tempoh lima tahun akan datang. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Chek berkata, sasaran tersebut mampu dicapai jika usaha memperluaskan tanaman jagung bijian yang kini kurang daripada 1,000 hektar dapat dilakukan melalui … Read more

JKNJ peka aduan orang ramai

SEGAMAT – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sentiasa mengambil berat aduan yang diterima melibatkan servis dan perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh hospital dan klinik kerajaan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, beliau tidak menafikan ada di antara servis dan perkhidmatan yang diberikan oleh doktor dan jururawat di … Read more

39 saman dikeluarkan dalam Ops Motosikal dan Cegah Lumba Haram

SEGAMAT – Tindakan pantas polis daerah ini berjaya menggagalkan aktiviti merempit dan lumba haram di sekitar daerah ini dalam Operasi Motosikal dan Cegah Lumba Haram di sekitar daerah ini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, operasi yang bermula pukul 2 pagi dan berakhir 4.30 pagi itu dilakukan di Dataran Segamat, Jalan … Read more

Lelaki maut pacuan empat roda dilanggar lori

SEGAMAT – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dilanggar sebuah lori ketika di Kilometer 191 Johor Bahru-Seremban berhampiran Taman Yayasan, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai E Ganesrao, 39, yang beralamat di Taman Bukit … Read more

Projek ‘Artoons’ jadikan aktiviti pembelajaran menyeronokkan

SEGAMAT – Bagi menyediakan suasana pembelajaran yang kreatif dan menyeronokkan terutamanya bagi murid tahun enam, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra tampil dengan projek pameran projek ’Artoons’. Guru besarnya, Mohd Yunos Abdul Rahman berkata, disamping memberikan satu suasana positif bagi murid-murid SK Bandar Putra yang lain, projek ’Artoons’ ini juga menjadi satu aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan. … Read more

Warga emas pikul tanggungjawab besar

LABIS – Seorang warga emas di Kampung Sawah Baru, di sini, terpaksa memikul tanggungjawab besar apabila menjaga seorang anak, lima cucu dan dua anak saudara arwah menantunya seorang diri. Rokiah Md Jim, 66, berkata, kehidupan mereka sekeluarga mula terumbang-ambing selepas menantunya Nizar Harun meninggal dunia dua tahun lalu sebelum tanggungjawab itu dipikul oleh anaknya, Zanariah … Read more

Kesedihan balu anggota bomba dapat perhatian JBPM Johor

LABIS – Kesedihan seorang balu anggota bomba yang kematian suaminya sedikit terubat apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor membinakannya sebuah rumah di bawah Projek Bantuan Rumah (PBR). Rosilah Isnan, 40, berkata, arwah suaminya, Muhammad Tarmimi Sujak, 37, yang bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba Rengit, Batu Pahat, meninggal dunia akibat serangan … Read more

S2A tarik minat pelajar ke arah bidang sains dan teknologi

SEGAMAT – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor, Kampus Segamat mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan ‘Science To Action’ (S2A) Innovation and Invention 2017 bagi menarik minat lebih ramai pelajar ke arah bidang sains dan teknologi. Rektornya, Professor Madya Dr Azizan Abdullah berkata, S2A yang memasuki kali kedua pada tahun ini sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 2015 merupakan … Read more

Warga emas tabah jaga isteri sakit

LABIS – Seorang warga emas di Kampung Paya Merah Lama, di sini, tidak pernah merungut dan menjadikan faktor umurnya sebagai penghalang untuk menjaga isterinya yang sakit seorang diri. Hasan Mohamed Sah, 80, berkata, isterinya, Tijah Salam, 76, tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja rumah selepas kedua-dua matanya mengalami masalah penglihatan sejak beberapa tahun lalu. “Selepas … Read more

MDS lancar kereta peronda Jabatan Penguatkuasaan

SEGAMAT – Bagi menguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Daerah Segamat (MDS) mengambil langkah proaktif dengan melancarkan kereta perondanya sendiri, baru-baru ini. Yang Dipertuanya, Miswan Yunos berkata, reka bentuk kenderaan peronda ini akan melambangkan imej korporat Jabatan Penguatkuasaan MDS supaya lebih mudah dikenali oleh masyarakat setempat. “Selain itu, saya yakin selepas ini kami … Read more

Altet Para KL2017 disambut bagai wira

SEGAMAT – Atlet Sukan Para Asean (Para KL2017), S Thavanesvaran, 18, yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara 400 meter (m) lelaki T44 (kecacatan kaki) disambut bagai wira di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ahmad Arshad, di sini, baru-baru ini. Kejayaan Thavanesvaran itu sekali gus menjadikannya atlet pertama dari sekolah tersebut yang memenangi pingat emas … Read more

Berbasikal lihat khazanah alam

LABIS – Bagi mempromosi lokasi pelancongan di negeri ini, seramai 50 kakitangan Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Johor bersama kelab basikal dan anggota polis mengayuh basikal kira-kira 50 kilometer dari pekan Bekok ke Taman Negara Endau Rompin-Selai. Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Magdlane Tuborng Malai berkata, melalui program Taman Negara Endau Rompin Selai Eko … Read more

Jangan tunggu saat akhir hantar permohonan BMT

LABIS – Pekebun kecil dan penoreh getah di kawasan Labis yang masih belum membuat permohonan mendapatkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dinasihatkan supaya tidak menunggu saat akhir untuk menghantar borang permohonan. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan kerana masih terdapat pekebun kecil yang masih belum membuat permohonan kerana kurang … Read more

15 sekolah di Parlimen Labis sertai kempen kitar semula

LABIS – Sebanyak 15 sekolah di Parlimen Labis telah menyertai kempen kitar semula sejak bulan Julai hingga November tahun ini sebagai salah satu usaha untuk menyedarkan masyarakat terutamanya para pelajar di daerah ini pentingnya pemuliharaan alam sekitar. Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, kempen tersebut menggalakkan pelajar sekolah membawa bahan kitar semula dari … Read more

Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Johor 2017

Kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menganjurkan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Johor yang akan berlangsung di Dataran Segamat pada 21 dan 22 Oktober ini. Pelbagai aktiviti pameran, pertandingan, cabutan bertuah, persembahan artis dan banyak lagi yang diatur kepada semua pengunjung yang hadir. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ayub … Read more

Bekas SC pernah kerja sebagai tukang tulis komunis

LABIS – Disebalik kedamaian dan keharmonian yang dikecapi ketika ini sebenarnya tercatat sejarah silam yang terlalu pahit untuk dikenang apabila nikmat kemerdekaan yang ada pada hari ini sebenarnya dibayar dengan harga yang terlalu mahal. Pengalaman hidup di zaman darurat dan keganasan komunis juga sukar untuk dilupakan malah menyeksakan apabila ada penduduk di Tanah Melayu ketika … Read more

KKS2 serah sijil penghargaan kepada polis

SEGAMAT – Kolej Komuniti Segamat 2 (KKS2) menyerahkan skrol penghargaan kepada anggota Balai Polis Batu Anam, di sini, sempena sambutan kemerdekaan negara kali ke-60 dalam program Terjah Merdeka, baru-baru ini. Timbalan Pengarah Akademiknya, Syilawati Zakarna berkata, penyerahan skrol penghargaan tersebut sebagai mengenang jasa serta pengorbanan anggota polis dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat termasuk … Read more

Redha hilang suami dan ibu mertua dalam kemalangan

SEGAMAT – Seorang isteri di Kampung Lembah Bakti, di sini, hilang tempat bergantung dan terpaksa membesarkan dua anaknya sendirian selepas suaminya terlibat dalam kemalangan maut di Pekan Tenang Stesen, di sini, 11 September lalu. Noraini Abdul Aziz, 39, berkata, selain kehilangan suaminya, Hamzah Selamat, 40, dia juga turut kehilangan ibu mertuanya, Mokminah Kasdini, 73, dalam … Read more

MBNJ kutuk tindakan tujuh remaja bakar pusat tahfiz

SEGAMAT – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tujuh remaja yang merupakan suspek utama kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, baru-baru ini, yang melibatkan 23 nyawa terkorban. Presidennya, Manndzri Nasib berkata, sekiranya hasil siasatan polis mendapati kesemua suspek ini terlibat secara langsung, tindakan undang-undang juga perlu diambil mengikut akta dan … Read more

RM2.6 juta bina 13 menara telekomunikasi di Parlimen Labis

LABIS – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperuntukkan lebih RM2.6 juta bagi menaiktaraf capaian telekomunikasi di 13 kawasan di Parlimen Labis sejak bulan Januari hingga September tahun ini. Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, beliau sering mendapat rungutan daripada penduduk di beberapa kawasan di sini berkenaan akses telekomunikasi dan capaian internet … Read more

TAJ setanding tadika milik swasta dan kerajaan

LABIS – Tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa pendidikan di Tadika Agama Johor (TAJ) tidak setanding dengan tadika lain adalah tidak benar, malah kanak-kanak yang belajar di TAJ diberi penenkanan yang lebih terhadap pendidikan agama. Haslinda Salleh, berkata, TAJ memberi lebih penekanan terhadap subjek agama kepada semua pelajar dan tidak menolak aktiviti kokurikulum bagi memastikan pelajarnya … Read more

Rezeki durian Segamat

SEGAMAT – Daerah Segamat sememangnya terkenal di negeri Johor sebagai salah sebuah lokasi pengeluaran durian dan setiap kali musim durian tiba, daerah ini biasanya menjadi tumpuan pengunjung terutamanya peminat buah-buahan tersebut. Apa yang menariknya, musim buah yang tiba sekali setahun ini mempunyai cerita di sebaliknya apabila ‘raja buah’ itu ternyata memenuhi ruang gerai buah-buahan berbanding … Read more

Sanggup ambil teksi untuk lihat KMJ

SEGAMAT – Hujan lebat tidak menghalang kesetiaan kira-kira 2,000 penduduk daerah ini untuk menantikan ketibaan konvoi Kembara Mahkota Johor di Dataran, Segamat, di sini, baru-baru ini. Seorang warga emas, Aisyah Samad, 71, berkata, dia yang tinggal di Batu 2 Buloh Kasap, di sini, juga sanggup menaiki teksi untuk membawanya dan anaknya, Hamzita Mansor, 42, untuk … Read more

Warga emas tarik perhatian

SEGAMAT – Kelibat seorang warga emas yang menyertai Larian Patriotik dan Kempen Kesedaran Kanser di Hospital Daerah Segamat (HDS), di sini, baru-baru ini, berjaya menarik perhatian para peserta lain yang turut mengambil bahagian. Warga emas tersebut, Abu Bakar Hussin, 70, berkata, tidak seperti kebanyakan rakan seusianya yang lebih selesa berehat dan melakukan kegiatan ringan, dia … Read more

Komited teroka bidang pelancongan

LABIS – Koperasi Smilian Felten Johor Berhad (Komited) bercadang untuk memanfaatkan kekuatan produk berasaskan eko dan agro-pelancongan yang terdapat di daerah ini dengan menawarkan pakej-pakej pelancongan berasaskan alam semulajadi dan budaya. Pengerusinya, Hamdan Ibrahim, berkata, selepas berjaya membantu memasarkan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) milik ahli koperasi, pihaknya sentiasa memikirkan jalan untuk memastikan koperasi … Read more

Blade Sport sukan baharu

SEGAMAT – Aksi tangkas sekumpulan lelaki memotong botol yang dipenuhi air dengan sekali hayunan menggunakan pisau dan parang serta beberapa lagi aksi mencabar berjaya memukau peminat sukan ekstrim. Sukan ‘Blade Sport’ ini walaupun masih baharu dua tahun diperkenalkan di Malaysia, sukan ini sudah mampu mengumpul ribuan peminatnya tersendiri di seluruh negara hanya dalam tempoh yang … Read more

Jalur Gemilang gergasi hiasi kawasan sekolah

SEGAMAT – Seramai 80 guru dan 1,100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, di sini, menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dengan menghasilkan Jalur Gemilang bersaiz gergasi iaitu 22 meter panjang dan lapan meter lebar. Pengetuanya, Mohamad Shah Hashim berkata, ini usaha pertama guru-guru, pelajar dan kakitangan sekolah bekerjasama menghasilkan Jalur Gemilang gergasi bagi menyemarakkan sambutan … Read more

Gerai makan di Jeti nelayan jadi tarikan baharu

SEGAMAT – Bagi menarik kehadiran pengunjung ke daerah ini, beberapa jeti utama yang terdapat di daerah ini akan diberi nilai tambah dengan dijadikan lokasi tempat makan berasaskan sumber sungai. Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad berkata, dua jeti yang terdapat di Sungai Tekam dan Sungai Chodan juga sudah dibangunkan dengan kedai makan pada tahun ini … Read more

Jalan Felda Redong-Felda Selancar ditutup tanah mendap

SEGAMAT – Pengguna Jalan Felda Redong-Felda Selancar diminta agar mematuhi larangan penutupan sepenuhnya jalan tersebut oleh semua kenderaan akibat masalah mendapan yang dikesan di laluan berkenaan. Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, penutupan jalan ini juga merupakan kali kedua pada tahun ini selepas laluan tersebut terputus sewaktu banjir besar yang melanda daerah ini pada awal … Read more

RM1.175 juta bagi atasi masalah banjir kilat di Parlimen Labis

LABIS – Kerajaan pusat dan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.175 juta bagi melaksanakan kerja-kerja mendalam dan menyelengara beberapa batang sungai di dalam kawasan Parlimen Labis bermula bulan Januari sehingga bulan Ogos ini. Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, ini merupakan salah satu usaha bagi mengatasi masalah banjir kilat dan kerja-kerja tersebut melibatkan 13 … Read more

Penoreh getah resah hasil berkurangan akibat daun luruh

LABIS – Pemandangan pokok getah yang dipenuhi daun-daun hijau dan kekuningan yang kering gugur ke tanah pastinya dapat dilihat jika melalui kawasan perkampungan atau di sepanjang jalan di sekitar daerah ini. Secara tidak langsung pokok-pokok dan ranting itu memberi satu pemandangan indah tetapi tidak kepada pekebun getah kerana situasi itu juga menandakan sumber pendapatan mereka … Read more