Menu Utama

6 Kawasan Aktif Denggi Di Segamat Bermula 27 Januari Hingga 9 Februari 2026

SEGAMAT – Beberapa kawasan di daerah Segamat telah dikenal pasti sebagai Kawasan Aktif Denggi bagi tempoh 27 Januari 2026 hingga 9 Februari 2026, menurut makluman rasmi daripada Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.

Antara kawasan yang terlibat ialah:

  1. Rumah Rakyat Batu Anam
  2. Taman KSM
  3. Taman Mina
  4. Taman Bukit Mutiara
  5. Taman Sri Kenangan
  6. Felda Tenang

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan dengan meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk membersihkan kawasan dalam dan luar rumah bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Langkah pencegahan awal ini amat penting bagi mengekang penularan penyakit denggi serta memastikan keselamatan keluarga dan komuniti setempat.

Orang ramai juga diseru untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan melaporkan sebarang pembiakan nyamuk atau kes disyaki denggi di kawasan masing-masing.

Tiada Aedes, Tiada Denggi. Tidak peduli, maut menanti.

Kredit: Pejabat Kesihatan Daerah Segamat

(Visited 112 times, 1 visits today)





Tinggalkan Pesanan

Your email address will not be published. Required fields are marked as *

*