SEGAMAT –Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) daerah Segamat sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta dalam memperbaiki taraf pendidikan anak-anak Orang Asli di daerah ini.

Pegawai Jakoa Segamat, Yazid Beram berkata, ini bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa Orang Asli betapa pentingnya pelajaran terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka.

“Kita juga hendak menggalakkan pelajar-pelajar Orang Asli untuk terus bersemangat dalam menuntut ilmu bermula dari sekolah rendah lagi kerana ada di antara mereka yang enggan meneruskan pelajaran untuk ke sekolah menengah.

“Bagi saya, faktor jarak dan terletak di kawasan pedalaman bukan alasan bagi masyarakat Orang Asli untuk berjaya kerana ibu bapa seharusnya menyedari segala kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran,” katanya.

Beliau berkata dalam ucapannya selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat Kelab Diploma Profesionalisme Perguruan Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) di Balairaya Kampung Orang Asli Segamat Kecil, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau juga turut mencadangkan agar anak-anak Orang Asli di daerah ini yang sudah berjaya sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya supaya dapat membantu dan menyumbang semula di kampung mereka sekaligus dapat dijadikan motivasi.

“Program seperti ini secara tidak langsung dapat membantu usaha kerajaan dalam mentransformasikan masyarakat Orang Asli dan saya berharap program ini dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

“Sekiranya ada IPT yang sudi menjalankan kajian terhadap Orang Asli di daerah ini, kami boleh memberikan kerjasama kerana secara tidak langsung membuktikan kepekaan mahasiswa terhadap kehidupan tanpa meminggirkan Orang Asli,” katanya.

Menurutnya, Jakoa juga mahu melahirkan masyarakat Orang Asli yang bersifat keterbukaan dan sentiasa mementingkan ilmu pengetahuan sekaligus menangkis persepsi belia Orang Asli tidak minat untuk belajar dan memajukan diri mereka.

Pada program tersebut, seramai 80 mahasiswa Kelab Diploma Profesionalisme Perguruan Marsah berkampung selama tiga hari di Kampung Segamat Kecil dan berpeluang merasai kehidupan Orang Asli secara dekat.

(Visited 326 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!