Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya ingin berkongsi sedikit tips penjagaan radiator kederaan anda. Gunakan “air suling” bagi memanjangkan jangka hayat radiator anda, atau dengan lebih mudah anda membeli air bateri di mana-mana kedai yang menjualnya.
Kesilapan yang sering di lakukan oleh pengguna adalah seringkali mengisi atau menambah air di radiator dengan menggunakan air paip.
Berikut disertakan sebab-sebab kenapa anda tidak digalakkan menggunakan air paip.
- Air paip mengandungi kandungan klorin yang di campur di loji penapisan dan di salurkan ke paip-paip komersial atau industri.
- Kandungan air paip yang mengitari radiator akan menghasilkan hablur atau partikel-partikel lantas ianya akan menempel pada sesalur radiator dan liang rongga aliran air di enjen anda.
- Partikel-patikel ini akan menjadikan enapan dan tindak balas kimia kepada logam lantas menhasilkan karat dan kemudian mengitari sesalur radiator anda. Suhu juga memainkan peranan pembentukan hablur.
- Keadaan akan lebih serius dan berlaku peningkatan suhu enjen apa bila sesalur ini tersumbat atau kandungan air mengandungi enapan karat dan mengitari sesalur enjin anda.
- Suhu yang terlalu tinggi akan mempercepatkan fungsi serta kelancaran enjin terganggu. Apa yang lebih teruk suhu yang terlalu tinggi akan membuatkan blok serta tuil piston enjin anda akan mengetuk dinding piston dan berlaku kerosakan enjin. Ia akan berhenti serta merta
Berbanding air suling, ia adalah cecair yang tidak mempunyai partikel-partikel campuran manakala ia adalah gabungan H2o iaitu (2 molekul hidrogen + 1 molekul oksigen). Tiada proses penghabluran daripada molekul sejati air. Maka kurang enapan dan kuranglah penyekatan pada sesalur air di radiator anda.
Oleh itu ia boleh memanjangkan hayat radiator dan kes kebocoran radiator atau peningkatan suhu mendadak pada sistem enjin amat kurang berlaku.
Maka jika anda ingin mengisi air tangki radiator gunakanlah air suling atau air bateri, sila tanya pekedai kerana air bateri ada 2 jenis iaitu air bateri berasid dan air suling (guna yang ini).
Comments