LABIS – Pekebun kecil dan penoreh getah di kawasan Labis yang masih belum membuat permohonan mendapatkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dinasihatkan supaya tidak menunggu saat akhir untuk menghantar borang permohonan.

Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan kerana masih terdapat pekebun kecil yang masih belum membuat permohonan kerana kurang memahami cara untuk membuat permohonan.

“Saya percaya terdapat pemilik warga emas atau mereka yang tiada kemudahan memerlukan pertolongan untuk membuat permohonan kerana Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menetapkan permohonan BMT ini perlu dilakukan secara atas talian.

“Saya harap semua pihak terutama pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dapat mengambil inisiatif membantu dan menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi golongan tersebut,” katanya.

Azahar yang ditemui semasa Program Kasihi Pekebun Kecil anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Dewan Kampung Usaha Jaya, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, BMT yang merupakan bantuan kewangan RM200 sebulan selama tiga bulan dari bulan November 2017 hingga Januari 2018 akan diberi kepada pekebun kecil dan penoreh getah matang dan tidak matang di seluruh negara berikutan musim tengkujuh.

Katanya, sekiranya pekebun kecil dan penoreh getah menunggu sehingga tempoh akhir untuk membuat permohonan, dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kes lambakan permohonan dalam satu masa.

“Sekiranya perkara ini berlaku, ianya bukan sahaja memberi masalah kepada LGM untuk memproses terlalu banyak permohonan secara serentak dan memakan masa.

“Saya harap semua ketua kampung di sini dapat memastikan semua pekebun dan penoreh di kawasan mereka mendapat penerangan jelas berhubung kaedah serta syarat untuk memohon bantuan tersebut,” katanya.

Menurutnya, selain LGM, Risda sebelum ini juga telah membantu penoreh dan pekebun kecil getah di negara ini melalui pemberian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah (BKHG) sebanyak RM500 dan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Pada masa sama, beliau berharap pekebun kecil getah tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak untuk melakukan demonstrasi bagi mendesak kerajaan supaya menaikkan harga komoditi getah.

(Visited 244 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!