Kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menganjurkan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Johor yang akan berlangsung di Dataran Segamat pada 21 dan 22 Oktober ini.
Pelbagai aktiviti pameran, pertandingan, cabutan bertuah, persembahan artis dan banyak lagi yang diatur kepada semua pengunjung yang hadir.
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor pada 22 Oktober 2017 (Ahad) jam 10.00 pagi.
Ayuh semua warga Johor luangkan masa untuk hadir ke Hari Alam Sekitar Negara Negeri Johor. Jumpa anda di sana!
“ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA”



(Visited 573 times, 1 visits today)
Comments