Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mungkin ramai pengguna menjangkakan setiap peranti memori adalah bersifat kekal. Sebenarnya sangkaan anda itu tidak tepat, kerana semua peranti memori mempunyai jangka hayat yang tertentu dan ianya akan musnah atau rosak apabila sampai jangka waktunya.
Ini adalah kerana sumber pembuatan yang tersedia memang tidak kekal lama cuma yang membedakannya adalah ketahanan. Jika tiada penggantian peranti memori maka kilang-kilang produksi mungkin akan terjejas keluaran kerana tiada permintaan dalam pasaran. (Repeat Sale)
Pernahkah terjadi kepada anda suatu ketika anda ingin menggunakan “pendrive” yang mengandungi data penting anda secara tiba-tiba ianya tidak berfungsi atau rosak? Kebiasaannya beberapa sintom sebelum peranti memori anda rosak.
- Pendrive yang biasa anda gunakan tiba-tiba windows mengarahkan supaya format.
- Pendive terdapat beberapa version , USB 2.0 berkelajuan kurang 10mbps transfer copy. Manakala versi 3.0 kelajuan copy dan boleh baca tulis 30mbps. Apa bila kerap windows mengarahkan scan disk dilakukan bermakna anda selalu menarik keluar secara mengejut dari pemacu USB pada komputer tanpa mengarahkan operasi “eject usb device” , ini menjadikan litar yang sedang terarus sedang membaca cip-cip diputuskan secara mengejut menjadikan pendrive mudah rosak dan jangka hayatnya pendek.
- Apabila melaksanakan baca tulis ianya lembap daripada biasa dan banyak ganguan kadangkala tersekat-sekat akibat pengaliran arus tidak sekata, menjadikan “widows delay write” pada peranti.
- USB pemacu pada komputer atau notebook power sudah tidak stabil. Menghasilkan arus tersekat-sekat juga boleh menjadikan peranti Pendrive anda mudah rosak apa bila kerap digunakan.
Ini adalah sintom-sintom yang selalu terjadi dan antara masalah bermulanya kerosakan pada pendrive.
TETAPI SEBENARNYA : Hakikat yang pahit dan memang terpaksa ditelan semua model memori dan cip penyimpanan data mempunyai jangka hayatnya sendiri, mahu atau tidak ianya memang akan rosak apabila sudah mencapai tahap dan masanya.
Maksudnya ketahanan cip adalah berbeda-beda pada pengilang atau pembuat cip berkenaan.
BERIKUT ADALAH NILAI KETAHANAN CIP MEMORI DARI SEGI JUMLAH PENGUNAAN JAM. INI ADALAH STANDART BIASA YANG DIGUNAKAN DAN WARANTI DARIPADA PENGILANG.
- KETAHANAN MAKSIMA PENDRIVE =
– Jenis murahan – lebih kurang 30,000 jam dan kebawah pengunaan.
– Jenis yang mempunyai brand – kurang daripada 100,000 jam pengunaan.
- SSD (Solid State Drive)
– Jenis bergantung pada specifikasi yang paling rendah mutu yaitu 5 tahun dan kebawah
– Jenis yang berkualiti tinggi specifikasi 7.6 tahun dan kebawah.
– Jenis jenis yang paling bermutu kurang 10 tahun dan kebawah.
kesemua ini bergantung kepada jumlah jam pengunaan peranti, lagi kerap digunakan maka “Lifetime”nya jua akan semakin berkurangan.
Pengiraan jumlah ketahanan:
Lifetime
Rumusnya sebagai berikut: Lifetime = (lama tes/penggunaan SiSMART) x (tahun/lama tes) x 100. Contoh: OEM point-of-sale sedang mempertimbangkan penggantian harddisk dengan SSD. OEM ini menjalankan SD SiliconDrive 16GB selama satu minggu dan menggunakan SiliconDrive Utility untuk menentukan penggunaannya sudah 0,25%. Maka usia pakainya menjadi: (1 minggu/0,25) x (1 tahun/52 minggu) x 100 = 7,69 tahun.
Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia yang tetap kekal hanyalah satu…
Comments