Menu Utama

Tahukah anda, bagaimana membunuh lipas

ATAU MENGHALAU KOLONI LIPAS DARI MEREBAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Petua ringkas ini mungkin dapat membantu anda menghindari kehadiran lipas yang banyak memberi kerosakkan kepada barangan anda.

Caranya :

Mengelakkan:

Lipas tidak suka kepada bauan wangi, ambil sebiji sabun mandi di kukur menjadi leraian kecil atau dipotong dadu dan di taburkan ke kawasan yang mempunyai koloni lipas.

Kapur/Kapur barus : (mematikan)

Petua ini biasa digunakan oleh orang-orang tua kita, jarang sekali kita lihat rumah papan buruk ada lipas kan?

Taburkan kapur barus di kawasan yang mempunyai koloni lipas, ini kerana kolinesterase adalah satu enzime memecah asetilkolin (satu nerotransmiter), insektisida yang ada pada kandungan kapur mampu merosakkan organofostat dan menjadikan otot lipas ini kejang atau hilang pedoman. Matilah ianya terlentang. Kapur yang terkena pada organnya menjadikkan ianya mati dalam masa seketika sahaja.

Membuat lipas tidak tinggal di situ lagi :

Gunakan getah timun dan dipalit di kawasan yang ada banyak koloni lipas. Getah timun yang pahit membuatkan lipas benci dan akan menghindarinya.

Getah timun yang pahit mampu menghindar lipas

Getah timun yang pahit mampu menghindar lipas

FAKTA

Sebiji telur lipas boleh menetaskan 10~26 ekor anak lipas.

Lipas yang terlentang akan mati jika ia gagal membetulkan posisinya, ini kerana apabila lipas terlentang dia akan cuba untuk membetulkan posisinya dan akan menyeret partikel-partikel yang ada pada lantai, ada juga kandungan debu pada lantai yang membuatkan otonya kejang dan akan mati selepas itu.

(Visited 1,959 times, 1 visits today)


(Artikel Seterusnya) »



Tinggalkan Pesanan

Your email address will not be published. Required fields are marked as *

*