SEGAMAT: Seorang wanita berusia 46 tahun maut diserang kerbau mengamuk di Kg Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat 11.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika Rosnani Wahid dikatakan cuba menghalau haiwan itu menjauhi pokok getah yang mahu ditorehnya.

Namun mangsa tidak menyedari kerbau betina itu sedang cuba melepaskan diri apabila talinya tersangkut pada akar pokok getah.

Mayat mangsa dibawa oleh pihak polis ke Hospital Segamat
Mayat mangsa dibawa oleh pihak polis ke Hospital Segamat

Saksi berkata, sebaik menghampiri, mangsa ditanduk haiwan itu menyebabkan dia jatuh di atas tanah.

Lebih malang apabila kerbau berkenaan terus menanduk mangsa yang terbaring menyebabkan dia cedera parah di kepala dan badan.

Beberapa penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu menyelamatkan mangsa tetapi malangnya wanita itu sudah meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintenden M Anuar Ismail mengesahkan kejadian dan berkata, mayat dibawa ke Hospital Segamat untuk bedah siasat.

(Visited 473 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!