Usaha Pendidik Dalam Pembinaan Negara Bangsa Dari Perspektif Islam

Pendidik merupakan seseorang yang sangat mulia, bahkan dimuliakan di sisi agama Islam. Sesiapa yang memuliakan pendidik bererti ia memuliakan Rasulullah SAW, sesiapa yang memuliakan Rasulullah SAW bererti memuliakan Allah SWT, dan sesiapa memuliakan Allah SWT, maka syurgalah tempat kediamannya di akhirat kelak. Dalam kitabnya ‘Ihya’ `Ulum al-Din’ karangan Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis … Read more

Budaya ‘Minum’ Kakitangan Kerajaan

Sebagai kakitangan awam kita harus membuang jauh-jauh sifat mementingkan diri dan amalan-amalan negatif yang mampu mencalarkan nilai integriti dan merendahkan keberkesanan perkhidmatan seperti merasuah, curi tulang, ponteng kerja, birokrasi, dan sebagainya. Tidak ketinggalan amalan keluar minum yang nampaknya masih begitu kental menghantui diri kita sebagai kakitangan awam. Sebagai pelanggan atau orang awam, mungkin ada dalam … Read more

Tugas guru martabatkan profesion keguruan

MASIH kental lagi tersemat di dalam kotak pemikiran penulis akan pengalaman menjadi guru sandaran di sebuah sekolah menengah beberapa tahun yang lalu terutamanya ketika menyambut sambutan Hari Guru pada tahun tersebut. Pada ketika itu, apabila penulis bersama-sama dengan guru-guru lain membacakan ikrar sebagai pendidik dan menyanyikan lagu Guru Malaysia dalam majlis perhimpunan, terdetik di hati … Read more

Kaedah Islam Dalam Menangani Stres Di Tempat Kerja

DUNIA pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri. Tekanan disebabkan pekerjaan adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi … Read more

5 strategi atasi tabiat lengahkan kerja

Dr. Norman Vincent Peale, seorang menteri yang ternama, penulis yang prolifik (bukunya yang hebat bertajuk “The Power of Positive Thinking”) serta juga seorang pemidato, mengaku melakukan perlengahan kerja adalah sukar untuk mencapai kejayaan. Berdasarkan kepada pengalamannya sendiri, apabila melibatkan dirinya dalam projek yang kurang menarik, Dr. Peale mula berlengah tetapi kemudiannya terpaksa bekerja dengan tergopoh … Read more

Kaedah mengatur tabiat makan anak-anak

KECENDERUNGAN kanak-kanak memilih makanan segera dan makanan rapu (junk food) sebenarnya mewujudkan tabiat pemakanan tidak sihat. Memburukkan keadaan, hampir saban hari kanak-kanak ini terdedah dan tertarik dengan iklan-iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan. Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan di pasaran hari ini mengandungi emulsifier, bahan pewarna dan perisa yang antaranya boleh mendatangkan mudarat. … Read more

Sambutan Valentine’s Day bukan cara Islam

“Sempena Hari Kekasih 14 Februari nanti, abang nak sambut dengan sayang sebagai tanda betapa dalamnya cinta abang kepada sayang”. “Terima kasih abang, Valentine’s Day ini adalah hari paling istimewa untuk sayang.” Dialog sebegini mungkin biasa  kita dengari atau ucapkan sendiri dalam kalangan pasangan suami isteri mahu pun pasangan kekasih yang mahu ‘membuktikan’ taat setia dan … Read more

Tahukah anda, tidur sebentar di pejabat banyak faedahnya?

SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak … Read more

Membanteras judi secara menyeluruh demi kesejahteraan ummah

BERJUDI adalah satu jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi atau “al-maisir” ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib yang menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dan pemenang pertaruhan akan mendapat hasil berlipat kali ganda. Perjudian amnya dimainkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya menggunakan dadu dan daun terup, tikam, loteri, pertaruhan … Read more