APPLE TIDAK MENGKHUSUSKAN PENJUALAN PRODUK
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mungkin tajuk kecil ini membuatkan anda berfikir sejenak. Jika Apple tidak mengkhususkan penjualan produk barangan macam mana POS (Point-Of-Sales) mereka sedangkan semakin tahun ROI (Return Of Invesment) mereka tetap berada di tangga teratas disamping keuntungan yang jauh melebihi sasaran saban tahun. Ini membuatkan produk gajet lain rasa cemburu dan sangat terkesan terhadap Smart Strategy Of Sales mereka.
Saya ingin berkongsi suatu cerita dari penceritaan semasa saya menghadiri kursus di Apple Malaysia, Kuala Lumpur. Mungkin selepas ini kita mampu berfikir di luar kotak.
Perbezaan strategi Apple dalam penjualan produk-produknya
1. KONSISTEN PADA SATU KELUARAN
Berbanding pengeluar gajet jenama lain mereka menggila-gila melambakkan teknologi, seolah-olah ingin berlumba. Tetapi dengan siapa? Siapa pesaing dominan pasaran gajet mereka? Sedangkan seperti kita ketahui Samsung sendiri memberi keterangan bahawa mereka mengalami kejatuhan jualan akibat pesaing. Kita tahu syarikat Samsung memang gah dengan teknologi yang terkini hingga kita juling mata ingin menentukan produk mana yang harus kita miliki hasil lambakan versi gajet mereka.
2. RND (RESEARCH AND DELEOPMENT)
Pada kebiasaannya produk Apple akan melakukan research sebelum mengeluarkan produk baru dan ia mengambil masa 3 tahun atau lebih. Ini termasuk ketahanan, jangka hayat pengunaan gajet, ketahanan kuasa, seni bina litar dan serba serbi. Menjadikan pengguna yang pernah menggunakan versi lama gajet Apple ini tidak akan memandang produk lain sebagai galang ganti.
3. REVERSE PSYCHOLOGY SALES
Manusia memang benci pabila seseorang salesman mengagung-agungkan produk mereka seolah-olah satu produk untuk semua tujuan dan faedah. Tetapi Apple sangat bijak, mereka tahu RND sudah dilaksanakan dan mereka juga tahu “end of the story, you will love Apple forever”. Sales person semasa saya menghadiri kursus produk Apple tidak pernah bercerita mengagung-agungkan waima satu pon gajet beliau.
Dalam hati terdetik “gila ke Apple ini, tak cerita langsung produk mereka yang sedia ada, nak jual produk ke tidak ni?”. Lalu secara faktor lumrah saya tanya penceramah “Kenapa you tak cerita tentang produk ?” Tahukah anda apa jawapannya?
Pasti anda terkejut. Pada POS (Point Of Sales) kami tidak perlu bercerita panjang lebar apa itu Apple sedangkan kita boleh google sendiri dan tahu kelebihannya di mana celah forum mahupun blog. Kerana dibelakang kami ada Engineer yang sentiasa menambah baik produk kita. So what for we want to tell the success story, even thous every body know what the best for you, isnt it?
Terkesima dengan jawapan tersebut, maka ia betul-betul membuka minda saya. Betul juga apa guna bercerita tentang produk yang kita sendiri sudah tahu ianya bagus.
4. WE ARE NOT SELLING PRODUCT , BUT…
Ini bukan lagi rahsia. Apple telah banyak membangunkan Apps sehingga penghujung tahun 2014 terdapat 1.2 juta aplikasi yang diniagakan di dalam Apple Store.
Berbanding dengan produk android lain memang statistik pada penghujung 2014 terdapat 1.3 juta aplikasi di dalam store mereka seperti Google Play dan sebagainya.
Tetapi pendedahan ini mungkin akan memeranjatkan ramai orang. Daripada 1.2 juta aplikasi di dalam Apple Store cuma ada 2 aplikasi yang terbina menyalahi terma Apple “bad apps”. Dikesan oleh Apple pada tahun 2012 dan sudah pun dikeluarkan daripada Apple Store.
Tetapi dalam android daripada 1.3 juta apps terdapat lebih 800,000+ “bad apps” seperti spam script, hijacker script, backdoor, identity theaf dan sebagainya.
Satu aplikasi dijual dengan purata USD 0.99 paling rendah , kita ada mesin kira dan kita mampu mengira seandainya 1.2 juta aplikasi dibeli oleh berjuta-juta pengguna produk Apple, itu dikira per hari, kalau minggu, bulan, tahun? Sebab itulah mereka boleh bertahan dalam pemain industri ini dan “Leading sales every year”.
Sumber rujukan : www.statisca.com
5. KELEBIHAN PRODUK APPLE ADALAH PADA KETAHANAN KUASA
Ya, kuasa dan ketahanan adalah faktor utama kenapa orang beralih kepada Apple, sedangkan jika gajet lain keberadaan dan pergantunganya adalah kepada POWER BANK, rate ketahanan biasa gajet android adalah sekitar 8 jam dan ke bawah bergantung kepada saiz kuasa bateri, disamping paket data yang sentiasa dibuka tidak memungkinkan ia bertahan lama. Berbanding Apple kosumsi pengunaan kuasanya mampu bertahan lebih lama sedikit daripada gajet yang lain. Ini adalah key point yang sangat besar kenapa pengguna beralih kepada Apple.
6. TIADA ISTILAH BSOD (BLUES SCREEN OF DEATH) ATAU HANG
Ini merupakan satu RND dalam pembangunan perisian dimana Apple sentiasa stabil dan tidak hang dalam apa jua keadaan biasa, bugs telah dikenal pasti dan pembangunan perisian Apple adalah sangat unik. Hang adalah suatu perkara yang paling tidak kita sukai, terutama saat kita sangat memerlukan dan pergantungan kepadanya.
7. TAPI SEBENARNYA APPLE TIDAK ZALIM.
Bukan keuntungan semata-mata, sebenarnya mendiang Steve Job (pengasas Apple) telah mewartakan beberapa apps yang sememangnya percuma seolah-olah satu perpustakaan awam yang besar dan sumber di dalamnya adalah percuma bagi kegunaan pengajar dan pelajar.
Kalau tidak percaya muat turun iTunes U, dimana ia menyimpan banyak rujukan pembelajaran dan kebanyakan ia percuma.
Jika diceritakan kelebihan Apple secara keseluruhannya maka pasti esok anda akan ke store dan bertukar kepada Apple keesokkan hari. Biarlah ia menjadi rahsia saya dan semua pemain Apple. Mahu ceritakan kebaikan Apple seminggu pun tidak habis. Semua adalah PNC (Private and Cofidential) hanya kepada pemain industri ini sahaja.
(Nota : Ini adalah pendapat penulis semata-mata, kemampuan kita juga harus diukur. Tidak menjadi satu kesalahan pun memiliki gajet lain. Orang kata UKUR BAJU PAKAI SENDIRI)
Comments