SEGAMAT – Seramai 80 mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpeluang menyelami kehidupan sebenar penulis novel ‘Senjakala’ ketika mengikuti Program Kepengarangan Baharudin Kahar, baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Kesusteraan Melayu UPSI, Dr Ghazali Din berkata, pelajar bukan sahaja berpeluang bersua muka, malah turut berpeluang menimba ilmu penulisan kreatif daripada penulis yang lebih mesra disapa dengan nama Pak Bahar itu.

“Ilmu bukan terhad di bilik kuliah atau melalui pembacaan semata-mata, malah ilmu berada di mana-mana dan boleh diperolehi dalam pelbagai kaedah.

“Apa yang kami lakukan sepanjang program ini merupakan antara kaedah untuk menimba ilmu iaitu melalui diskusi dan penceritaan penulis tersebut apa yang bermain di minda penulis ketika menghasilkan novel tersebut,” katanya.

Katanya, kesempatan untuk menyelami apa yang bermain dibenak Pak Bahar yang memilih untuk menjalani kehidupan sederhana sebagai seorang penjual sate menguji daya fikir peserta yang mungkin mampu mengasah minda mereka untuk lahir sebagai penulis kreatif berwibawa nanti.

Menurutnya, selain menggali pengalaman hidup Pak Bahar, mahasiwa yang mengikuti program tersebut turut berpeluang melihat sendiri beberapa manuskrib asal karya Pak Bahar yang ditulis tangan sebelum diterbitkan.

Tambahnya lagi, antara manuskrip asal yang dapat dilihat adalah manuskrip novel ‘Senjakala’ yang pernah dijadikan teks subjek sastera bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 80-an.

“Sebenarnya program hari ini merupakan program keempat dimana kami pernah mengadakan program serupa di kediaman sastetawan negara Baha Zain dan Mana Sikana sebelum ini.

“Saya harap program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa sahaja, tetapi kepada Pak Bahar sendiri sekurang-kurangnya membuktikan bahawa kehadirannya dalam dunia penulisan tidak pernah dilupakan,” katanya.

Sementara itu Baharudin Kahar pula melahirkan rasa teruja menerima kunjungan mahasiswa UPSI tersebut yang dianggap sebagai anak-anaknya.

“Kunjungan ini saya sifatkan penghargaan kepada saya dan sedikit sebanyak mampu menguatkan semangat untuk terus berkarya.

“Sepanjang pertemuan selama hampir sehari suntuk itu kami dapat berkongsi pelbagai pengalaman dan saya juga tidak keberatan untuk berkongsi ilmu penulisan kreatif dengan mereka,” katanya.

(Visited 284 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!