SEGAMAT – Seramai 120 atlet mewakili 14 Persatuan Angkat Berat Negeri dibawah Ahli Gabungan Persekutuan Angkat Berat Malaysia menyertai Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Kali Kedua di Dewan Jubli Intan Segamat, di sini, mulai 29 April hingga 1 Mei lalu.

Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat berkata, kejohanan ini adalah anjuran bersama Persatuan Bina Badan Dan Angkat Berat Johor, Majlis Sukan Negeri Johor , Majlis Sukan Negara Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor.

“Kejohanan yang berprestij ini diadakan setiap dua tahun sekali di daerah Segamat dengan Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan kali pertama pada tahun 2015 disusuli Kejohanan Angkat Berat Jemputan Antarabangsa Johor kali pertama pada tahun lalu.

“Pada tahun ini pula giliran Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Kali Kedua pula dan sebanyak lapan kategori lelaki dan lapan kategori wanita dipertandingkan,” katanya.

Ayub Pengerusi Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Johor berkata kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Kali Kedua di Dewan Jubli Intan Segamat, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kesemua atlet yang mengambil bahagian ialah atlet-atlet remaja berumur 20 tahun dan kebawah bagi memberi peluang kepada atlet-atlet berkenaan mengukur keupayaan diri sebelum menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dan 2020.

Katanya, selain itu kejohanan ini juga disertai oleh atlet-atlet yang mewakili negeri-negeri dalam Sukma 2016 dan juga atlet-atlet pelapis kebangsaan yang bakal merebut gelaran juara dan juara bagi setiap kategori akan membawa wang tunai RM1,500 dan piala.

“Kejohanan ini juga selaras dengan dasar kerajaan dalam kontek industri sukan dan sasaran pingat 2020 dan saya berharap kejohanan ini akan dapat meningkatkan kualiti kepegawaian dalam aspek pengurusan penganjuran dan teknikal.

“Selain itu, persatuan mengambil inisiatif empat tahun dari sekarang supaya melahirkan lebih ramai atlet angkat berat di negara ini agar sasaran pingat emas Sukma 2020 akan tercapai sekaligus menjadi penganjur terbaik acara sukan angkat berat Sukma 2020,” katanya.

(Visited 553 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!