SEGAMAT – Polis daerah ini perlu mempergiatkan lagi kempen dalam usaha menarik lebih ramai anggota masyarakat menjadi ahli Komuniti Kepolisan (CP) dan pada masa sama membantu polis memerangi jenayah.

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, CP ini terbukti menjadi salah satu medium yang paling berkesan mengurangkan kadar jenayah dengan kemampuan ahli-ahlinya menyalurkan maklumat setiap kejadian jenayah yang berlaku.

“Ini ditambah pula dengan tindakan segera yang dilakukan oleh pihak polis terhadap setiap laporan yang dibuat dan ternyata sumbangan ahli-ahli CP ini amat penting dalam usaha menangani jenayah.

“Masyarakat yang menghargai keamanan perlu menyertai CP ini untuk membolehkan mereka memberi sumbangan ke arah keamanan berterusan melalui pencegahan jenayah secara sukarelawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kepolisan komuniti sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210 di Gelanggang Bola Keranjang Bukit Siput, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Supritendan Yusuf Unis dan Pengerusi Persatuan Bekas Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Siput 1979, Tey Pui Ling.

Menurutnya, CP juga bertujuan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat kepada komuniti setempat dan fungsi CP juga menyamai Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang mana ahlinya akan meronda bersama-sama polis untuk menjaga keselamatan

“Keselamatan merupakan satu agenda penting dan usaha pencegahan jenayah ini bukannya tanggungjawab polis sahaja bahkan merupakan satu tanggungjawab yang dipikul secara bersama dan ahli CP ini merupakan mata dan telinga pihak polis.

“Saya amat berharap hubungan polis dan masyarakat yang sedia terjalin bertambah akrab seterusnya membolehkan maklumat disalurkan dengan mudah jika terdapat sebarang kes jenayah di kawasan mereka,” katanya.

Sementara itu, Yusuf berkata, tujuan persa­tuan itu ditubuhkan antara lain bagi memperhebatkan hubung­an kerjasama orang awam dan polis dalam usaha membanteras dan sekali gus mengurangkan kejadian jenayah.

Katanya, dengan adanya CP, ahli-ahli mereka akan melakukan rondaan di kawasan masing-masing pada waktu malam selain membuka ruang seluas-luasnya kepada penduduk setempat untuk membanteras jenayah.

(Visited 445 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!