SEGAMAT – Biarpun penggunaan tulisan jawi tidak lagi digunakan secara meluas pada masa kini, namun ia tidak memberi gambaran bahawa tulisan yang sinonim dengan masyarakat Malayu di Nusantara itu sudah dipinggirkan.

Bukti tulisan jawi tidak dipinggirkan dapat dilihat dengan jelas melalui penyertaan menggalakkan orang ramai setiap kali penganjuran program Semarak Jawi oleh Johor Corporation (JCorp) yang menjelajah ke seluruh pelusuk negeri ini.

Pengarah Eksekutif Kulim ( Malaysia) Berhad, Zulkifly Zakariah berkata, jelajah Semarak Jawi merupakan inisiatif JCorp untuk menyemarak dan menyuburkan budaya menggunakan tulisan jawi dalam kalangan rakyat negeri ini disemua peringkat usia.

“Pendekatan yang kami lakukan ini merupakan salah satu usaha secara kreatif dan segar bertujuan menggalakkan masyarakat terutama generasi muda memahami serta menghayati tulisan jadi agar tulisan jawi tidak dipinggirkan dan dilupakan.

“Program Jelajah Semarak Jawi ini merangkumi pertandingan penulisan essei dalam tulisan jawi, kuiz jawi dan pertandingan khat jawi bertujuan membudayakan pengunaan tulisan jawi dikalangan pelajar secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jalinan Ukhwah, Semarak Jawi, Catur dan Cilik Bestari JCorp di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Dalam , Segamat di sini baru -baru ini.

Datuk Ayub Rahmat ( dua, kiri) melihat hasil tulisan khat jawi.

Katanya, program tersebut merupakan kali kedua yang diadakan pada tahun ini melibatkan 17 sekolah menengah dan rendah di daerah Segamat dengan penyertaan seramai 247 pelajar.

Menurutnya, pertandingan tersebut juga memberi peluang kepada orang ramai khususnya peserta untuk memahami tulisan jawi secara santai dan menyeronokkan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Dayuk Ayub Rahmat berkata, usaha JCorp memartabatkan tulisan jawi yang sinonim dengan Al -Quran merupakan satu langkah murni sejajar dengan haspirasi kerajaan negeri yang mahu generasi muda menguasai bacaan, memahami dan mengamalkan kandungan Al-Quran.

Katanya, tulisan jawi mula kurang digunakan secara meluas dipercayai bermula sekitar tahun 1950an kesan daripada penjajahan ke sekitar kawasan nusantara.

“Melalui penganjuran program ini saya harap masyarakat Melayu di sini mengambil kesempatan untuk memperkasakan pengunaan tulisan jawi.

“Saya berharap usaha murni yang dilakukan oleh JCorp ini bukan sahaja mampu melahirkan golongan celik jawi, malah, menjadi contoh kepada badan korporat lain untuk turut sama menyumbang mengembalikan zaman kegemilangam tulisan jawi,” katanya.

Ruang Terbaik Pelajar Tonjolkan Bakat Dan Memahami Tulisan Jawi

Rata -rata peserta program Semarak Jawi yang terdiri daripada pelajar sekolah mengakui program tersebut memberi banyak manfaat kepada mereka.

Abid Alim Angsharuddin,16, berkata, ini bukan kali pertama dia menyertai program anjuran JCorp itu, pada tahun lepas dia pernah menyertai pertandingan sama dan gembira berjaya mengulangi pencapaian meraih tempat pertama kategori seni khat jawi yang dimenanginya sebelum tahun lepas.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada kami mendalami pengetahuan dalam tulisan jawi, malah sebagai platform kami untuk mengasah bakat

“Selain itu kami turut berpeluang bertemu rakan lain dan bertukar pengalaman serta ilmu terutama mengenai teknik tulisan khat jawi,” katanya kepada Komuniti Segamat baru-baru ini.

Peserta kategori khat jawi sedang menyiapkan tulisan khat.

Menurut pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat itu dia mula berminat dengan khat jawi sejak dibangku sekolah rendah lagi dan mula mengasah bakat selepas mendapat tunjuk ajar guru si SMK Agama Segamat.

Siti Zaharah Johari , 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Bentara Dalam menyifatkan program tersebut mampu melonjakkan pengunaan tulisan jawi dikalangan masyarakat.

Katanya, jika usaha ini diteruskan, tidak mustahil suatu hari nanti orang bukan Melayu juga akan berminat untuk mempelajari tulis jawi yang telah melalui sejarah panjang sebelum ini

Menurutnya, bagi memastikan tulisan mampu bertahan, dia membuat catatan untuk beberapa mata pelajaram menggunakan tulisan jawi terutama bagi subjek pendidikan Islam.

Bagi rakannya Nurul Izza Mohd. Rafi, 16, program tersebut yang dijalankan secara santai memberi pengalaman berbeza kepada peserta berbanding belajar di dalam bilik darjah yang disifatkannya lebih formal.

“Walaupun pada zahirnya program tersebut sebagai pertandingan, namun disebabkan dijalankan dalam suasana santai kami turut dapat belajar sekaligus mempertajamkan pengetahuan dalam tulisan jawi.

“Saya harap program ini dapat diadakan dengan lebih kerap dan melibatkan penyertaan lebih banyak sekolah pada masa akan datang bagi memastikan manfaatnya lebih menyeluruh,” katanya

(Visited 1,002 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!