SEGAMAT – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan menumpukan perniagaan dalam lingkungan iaitu menggalakan perniagaan dalam kalangan ahli 278 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Saipolbahri Suib berkata, setiap PPK juga mempunyai rantaian perniagaannya tersendiri serta mengeluarkan produk pertanian untuk dipasarkan dan di negeri Johor sahaja kita mempunyai 29 PPK.

“Selain itu, Nafas mempunyai produk-produk hiliran lain seperti kilang memproses makanan ayam di Muar dan kilang memproses makanan lembu di Segamat selain penternakan ayam bermula daripada telur sehingga ke proses penyembelihan dan penjualan ayam itu sendiri.

“Apa sahaja kitaran yang berlaku dalam kalangan keluarga Peladang sendiri dan ini juga dapat menurunkan kos pengeluaran serta menambahkan pendapatan pulangan per kapita kepada ahli Peladang,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) berkata kepada pemberita semasa Karnival Muafakat Tani Daerah Segamat di Dewan Serbaguna Dun Kemelah Taman Pelangi, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, Nafas juga menerima kuota pengedaran beras ke seluruh PPK dengan tawaran harga yang berpatutan yang memberi manfaat kepada kira-kira satu juta ahli Peladang di seluruh negara.

“Jadi ini merupakan usaha kerajaan melalui Nafas untuk meningkatkan ekonomi ahli Peladang dan kita juga mempunyai pelbagai platform untuk memasarkan hasil pertanian seperti di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha).

“Setiap PPK juga mempunyai pusat pengumpulan hasil pertanian dan ini memudahkan ahli kita untuk menjual hasil pertanian dan ini merupakan langkah-langkah mengurangkan kebergantungan produk-produk dari luar,” katanya.

Menurutnya, dalam masa terdekat ini, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan merasmikan kilang fiber di Kahang, Kluang bagi memproses semula tandan kelapa sawit untuk dijadikan sofa dan tilam sebelum dieksport.

“Sebuah lagi kilang fiber di Bukit Bujang, di sini, juga akan dijangka beroperasi pada pertengahan tahun ini dan bakal memberikan kesan positif kepada alam sekitar serta sifar pencemaran dari sisa pembuangan kelapa sawit.

“Dua kilang fiber ini akan memproses semula tandan kelapa sawit untuk dijadikan sofa dan tilam serta menggunakan teknologi terkini dan mampu menjana pendapatan yang kukuh untuk PPNJ dan PPK di negeri ini,” katanya.

(Visited 294 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!