SEGAMAT – Orang ramai diminta supaya sentiasa menghargai pengorbanan pasukan polis dalam usaha memastikan negara terus berada di dalam keadaan aman dan tenteram.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, beliau yakin tanpa jaminan keselamatan tidak mungkin agenda pembangunan di negara ini dapat dilakukan dengan sempurna.

“Lihat sahaja apa yang berlaku di beberapa tempat di negara luar yang tidak aman disebabkan tiada jaminan keselamatan sehingga menyebabkan pembangunannya terbantut dan gagal memberi keselesaan kepada rakyat.

“Oleh itu, seharusnya kita sentiasa bukan sahaja menghargai, malah memainkan peranan membantu pasukan polis dengan cara menjadi mata dan telinga yang menyalurkan sebarang kegiatan jenayah,” katanya.

Ayub yang juga Adun Kemelah berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Meraikan Anggota Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat sempena Hari Polis Ke-210 di Uda Lee Cafe, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat; Adun Pemanis, Lau Chin Hoon; Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim dan Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad.

Menurutnya, pasukan polis bukan sahaja memerlukan kerjasama daripada masyarakat, malah sokongan daripada agensi kerajaan serta kepimpinan di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Raub berkata, beliau akan memastkian semua pegawai dan anggota di bawah seliaannya mempunyai iltizam yang kuat untuk menjayakan hasrat penduduk daerah ini yang sentiasa mahukan keselamatan mereka terjamin.

“Sejak mula dilantik sebagai ketua polis daerah ini, saya telah menanam azam untuk menjadikan slogan ‘Segamat Selamat’ sebagai satu kenyataan walaupun setakat ini kita masih berada di dalam keadaan aman dan selesa.

“Namun, seperti yang kita sedia maklum, sekuat mana pun usaha anggota polis dalam memastikan keselamatan terjamin, kami tetap memerlukan kerjasama orang ramai,” katanya.

(Visited 618 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!