SEGAMAT – Sepasang suami isteri di Kampung Jawa, di sini, meminta orang ramai mencari ibu kandung anak angkatnya bagi memudahkan mereka menguruskan proses mengambil anak angkat.

Zulkifli Yusof, 37, berkata, anak angkatnya, Nur Qhalisha Adhwa, 4, diambil sebagai anak angkat ketika kanak-kanak itu berumur empat hari lagi dan diserahkan oleh ibunya sendiri, Syafrina Ledisumsi yang merupakan warganegara Indonesia.

“Saya dan isteri mengambil Qhalisha di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar pada 8 Oktober 2013 dan telah membuat surat sumpah ibu bapa angkat di hadapan persuruhjaya sumpah di Muar.

“Kami menjaga Qhalisha bagaikan anak kandung sendiri dan tiada beza antara dia serta anak yang lain dan selepas kami mengambilnya sebagai anak angkat, ibu kandung Qhalisya terus hilang tanpa dikesan,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Zulkifli bersama Nor Qhalisha Adhwa.

Menurut suami kepada Nor Asiyah Nijamdin, 35, dan bapa kepada seorang anak itu, apa yang menjadi masalah, mereka perlu mendaftarkan Qhalisha sebagai anak angkat yang sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, borang permohonan anak angkat juga tidak dapat diproses kerana mereka dikehendaki mencari ibu kandung Qhalisha disebabkan beberapa masalah dokumen yang perlu diselesaikan melibatkan ibu kandung anak angkatnya itu.

“Kami kini buntu untuk mencari ibu kandung Qhalisha yang gagal dihubungi dan hilang tanpa dikesan dan pada awalnya kami ingat surat sumpah itu sudah mencukupi untuk menunjukkan Qhalisha anak angkat kami yang sah.

“Proses urusan anak angkat ini sangat penting untuk masa depan Qhalisha terutama dari segi pendidikan yang hanya boleh diselesaikan sendiri oleh ibu kandungnya,” katanya.

Menurutnya, dia meminta orang ramai yang mengenali ibu kandung atau waris terdekat Qhalisha agar dapat menghubunginya di talian 0123149866.

(Visited 1,167 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!