LABIS – Pihak pengurusan Masjid Chaah, di sini, memerlukan sumbangan orang ramai dan badan korporat bagi mengisi dana tabung wakaf akhirat yang diwujudkan bertujuan membeli sebidang tanah bersebelahan masjid tersebut.

Pengerusi masjid, Sukaimi Boyamin, 62, berkata, pihak pengurusan masjid tersebut telah bersetuju untuk membeli tanah itu yang berkeluasan 32,000 kaki dengan harga RM564,000 seperti yang ditawarkan oleh pemiliknya sebelum ini.

“Untuk tujuan itu, pihak kami telah pun membayar sebanyak RM267,000 kepada pemilik tanah tersebut hasil sumbangan orang ramai dan penduduk setempat.

“Kami berharap dapat melunaskan baki bayaran sebanyak RM297,000 lagi yang perlu dijelaskan pada hujung tahun ini seperti yang telah dijanjikan,” katanya ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Ahli Umno Cawangan Chaah Bandar, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, pembelian tanah tersebut perlu dilakukan kerana kawasan masjid tersebut agak kecil dan sering mengalami kesesakan terutama ketika waktu solat Jumaat disebabkan ruang meletak kenderaan.

Katanya, dengan adanya tanah tersebut nanti, lebih banyak ruang meletakkan kenderaan dapat disediakan selain kawasan yang lebih selesa dan memudahkan kariah masjid untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Pada masa sama, masjid ini yang menelan kos sebanyak RM3.5 juta telah siap sepenuhnya pada April tahun lalu adalah sumbangan ladang Achi dan beliau berharap lebih banyak syarikat-syarikat korporat dapat mengikuti jejak langkah tersebut.

Sementara itu, Razak Rahim berkata, dia dan 34 ahli cawangan tersebut serta enam ahli keluarganya terpanggil untuk menyumbang sebanyak RM2,000 bagi mengisi dana tabung tersebut.

“Saya harap ahli-ahli Umno di semua cawangan yang terdapat dalam Bahagian Labis dapat menggerakkan satu usaha dalam kalangan mereka bagi membantu pihak pengurusan masjid ini mengumpul dana tersebut.

“Sumbangan yang dihulurkan tidak perlu dalam jumlah yang banyak, cukup sekadar termampu dan seikhlas hati, namun jumlah yang sedikit pun jika ramai yang menghulurkan bantuan akhirya akan menjadi banyak,” katanya.

Umat Islam dan badan korporat yang berhasrat untuk menyumbang bolehlah menghubungi pengerusi masjid tersebut di talian 019-7492420 atau melalui akaun bank Muamalat 01050002655715.

(Visited 680 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!