Masalah kawasan tadahan air sementara akan diselesaikan

SEGAMAT – Masalah kawasan tadahan air sementara di Taman Perdana, Bukit Siput, di sini, yang tidak diselenggara sehingga dipenuhi semak samun dijangka akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, beliau telah mengarahkan supaya Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut. … Read more

PDRM disaran beri kursus jangka pendek kepada bakal pesara

SEGAMAT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) disarankan supaya mengadakan pelbagai kursus jangka pendek untuk pegawai dan anggota yang akan bersara sebagaimana yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, kursus jangka pendek atau kursus peralihan ini penting bagi kebaikan anggota selepas bersara kerana kembali sebagai orang awam setelah sekian … Read more

Sasar gas CO2 dikurangkan sehingga 45 peratus pada tahun 2025

SEGAMAT – Kerajaan negeri menyasarkan pelepasan gas karbon dioksida (CO2) dapat dikurangkan sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2025 di negeri ini menerusi penubuhan Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pelbagai usaha juga telah dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai … Read more

Wanita tunggal Segamat buka gimnasium

LABIS – Apabila bercerita mengenai bidang bina badan dan perniagaan gimnasium, pasti terlintas di dalam fikiran kita bahawa bidang tersebut terlalu sinonim dan dipelopori oleh kaum lelaki. Tetapi, berbeza pula keadaannya bagi Pengurus Along Gym & Fitness,  Zulaiqa Mohd Salleh, 23,  yang memecahkan monopoli tersebut dengan memberanikan diri untuk memulakan perniagaan gimnasium sekaligus menjadi wanita … Read more

Sabar menanti sijil perakuan memeluk Islam

LABIS – Seorang ibu yang juga saudara baharu di Kampung Sawah Baru, di sini, bingung memikirkan nasib dua anak perempuannya yang masih belum menerima sijil perakuan memeluk Islam. Bidu Anita Abu, 32, berkata, dua anak perempuannya iaitu Siti Aminah Abdullah, 12, dan Rahimah Shahira, 8, terpaksa menggunakan maklumat seperti nama dan status agama seperti dicatat … Read more

Kanak-kanak empat tahun derita penyakit usus

SEGAMAT – Siapa sangka disebalik kelincahan dan keaktifan fizikal seorang kanak-kanak berumur empat tahun di Felda Palong Timur 2, di sini, dia sebenarnya sedang menderita menghidap penyakit usus tiada urat saraf (hirschprungh disease). Ibu kanak-kanak tersebut, Siti Norhawa Mohd Yasin, 25, berkata, anaknya, Mohd Izzua Hakim Mustaqim, 4, mula dikesan penyakit tersebut di Hospital Daerah … Read more

Majikan perlu ambil peluang tempoh pemutihan

SEGAMAT – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggesa majikan yang belum mendaftar perusahaan dan mencarum pekerja mereka supaya berbuat demikian sepanjang tempoh pemutihan yang bermula dari 1 hingga 31 Mac ini. Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, John Riba Marin berkata, majikan yang mendaftar sebelum tarikh tersebut juga tidak akan dikenakan tindakan kompaun walaupun melebihi tempoh yang … Read more

Sasar 100 koperasi berdaftar di Segamat pada tahun 2017

LABIS – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Segamat menyasarkan sebanyak 100 koperasi berdaftar di daerah ini menjelang tahun 2017 berbanding sebanyak 86 koperasi ketika ini. Pegawai SKM Wilayah Segamat, Rosdi Abu Bakar berkata, 90 peratus daripada jumlah tersebut adalah koperasi milik kaum Melayu yang bergerak aktif dalam pelbagai bidang perniagaan terutamanya bidang  pertanian. “Melalui bancian … Read more

Tidak sangka terima FPM selepas suami meninggal 11 tahun

SEGAMAT – Seorang ibu tunggal di Felda Redong, di sini, tidak menyangka menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Segamat meskipun suaminya sudah 11 tahun meninggal dunia. Roslin Ahmad, 50, berkata, arwah suaminya, Surano Tumiran meninggal dunia pada tahun 2004 ketika berusia 34 tahun dan tidak pernah mengetahui bahawa sebelum ini arwah … Read more

‘Pickers’ penyelamat barang lama

LABIS – Disebabkan hobi dan obsesi yang mendalam terhadap barang-barangan lama, seorang lelaki di Taman Seri Emas, di sini, sanggup melepaskan jawatannya sebagai eksekutif kanan di sebuah bank semata-mata untuk menumpukan sepenuh masa terhadap bidang tersebut. Asrol Talib, 44, berkata, dia yang mula menjadi pencari barangan lama atau ‘pickers’ sejak tahun 2010 juga tidak pernah … Read more