Usah diskriminasi terhadap OKU

SEGAMAT – Orang Kelainan Upaya (OKU) terutamanya pelatih pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negara ini tidak lagi dianggap sebagai masyarakat terpinggir atau menjadi mangsa diskriminasi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, malah golongan tersebut diberi perhatian dan penghargaan oleh kerajaan jika mereka mampu merebut peluang yang disediakan melalui sistem dan dasar … Read more

Harap PPIM bantu tangani masalah sosial gadis

LABIS – Perkembangan teknologi komunikasi dan dunia tanpa sempadan ketika ini mendedahkan golongan remaja di negara ini kepada pengaruh negatif budaya barat serta keruntuhan nilai murni dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda. Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, namun langkah pelbagai pihak mewujudkan pelbagai pertubuhan seperti Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) di sekolah dan pusat … Read more

JKNJ perlu terlibat dalam aspek teknikal

SEGAMAT – Kerajaan negeri mahu Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) supaya menjadi sebagai salah satu jabatan teknikal sebelum projek pembinaan sesuatu bangunan di negeri ini diluluskan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ini kerana salah satu sebab wujudnya tempat pembiakan nyamuk aedes adalah disebabkan oleh faktor reka bentuk bangunan itu … Read more

SMKA Segamat tempat pertama SPM 2015

SEGAMAT – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat mencatatkan gred purata sekolah (GPS) sebanyak 3.21 peratus apabila semua 104 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2015 lulus 100 peratus. Pengetuanya, Mohd Fauzan Mohamed Mokhtar berkata, SMKA Segamat juga berjaya menduduki tempat pertama daripada 25 buah sekolah menengah di daerah ini dalam peperiksaan SPM 2015. “Pada SPM … Read more

Tidak perlu bahayakan nyawa lagi

LABIS – Ibu bapa yang menghantar dan mempunyai anak bersekolah di Sekolah Agama Labis, di sini, mampu menarik nafas lega apabila masalah keselamatan ketika melintas jalan diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, menyedari masalah tersebut dan rungutan daripada ibu bapa, pihaknya telah membuat permohonan ke Jabatan Kerja Raya (JKR) … Read more

Hasrat diami rumah baharu tercapai

LABIS – Hasrat seorang warga emas di Kampung Tenang untuk menduduki rumah sendiri menerusi projek perumahan mesra rakyat menjadi kenyataan apabila rumah yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu siap sepenuhnya pada awal Februari lalu. Bibah Bidon, 75, berkata, dia juga gembira apabila impiannya untuk menduduki rumah baharu yang lebih selesa tercapai namun sedikit sedih apabila arwah … Read more

Mualaf hilang sumber pendapatan jaga isteri sakit

SEGAMAT – Seorang saudara baru di Bukit Siput, di sini, kehilangan hampir keseluruhan daripada sumber pendapatannya sebagai tukang kasut apabila terpaksa menjaga isterinya yang menghidap pelbagai komplikasi penyakit. Muzzafar Abdullah, 46, berkata, isterinya Maisarah Abdullah, 44, yang juga seorang mualaf menghidap penyakit kencing manis sehingga terpaksa disuntik insulin sebanyak empat kali sehari selain penyakit darah … Read more

Sekolah agama terbengkalai dijangka siap bulan ini

LABIS – Masalah bangunan Sekolah Agama Labis, di sini, yang terbengkalai sejak tahun 2011 dijangka akan dapat disiapkan dan diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Segamat pada penghujung bulan Mac ini. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, kerja-kerja terbengkalai oleh kontraktor terdahulu itu kini telah diambilalih oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pada Disember, … Read more

Sekeluarga tinggal di rumah usang

SEGAMAT – Sebuah keluarga di Jalan Hassan, di sini, terpaksa tabah tinggal di sebuah rumah usang yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik akibat desakan hidup dan faktor kemiskinan. Mohd Nordin Ahmad, 35, berkata, dia bersama isterinya, Hafizah Yahya, 30, serta enam lagi anak mereka yang berusia di antara dua hingga 14 tahun itu sudah … Read more

Amalan Dhuha rahsia kejayaan

SEGAMAT – Amalan melakukan solat sunat dhuha dan hajat setiap hari merupakan rutin harian tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, di sini, yang mencatatkan keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. Mohd Iqbal Mubarak Jamali, 18, berkata, selain sentiasa konsisten dalam mengamalkan solat sunat tersebut, dia sentiasa mendapatkan nasihat daripada guru … Read more