LABIS – Ibu bapa yang menghantar dan mempunyai anak bersekolah di Sekolah Agama Labis, di sini, mampu menarik nafas lega apabila masalah keselamatan ketika melintas jalan diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab.

Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, menyedari masalah tersebut dan rungutan daripada ibu bapa, pihaknya telah membuat permohonan ke Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya memasang lampu isyarat di hadapan sekolah berkenaan, pada bulan Disember lalu.

“Laluan ini menjadi sibuk dan dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori kerana merupakan laluan utama yang menjadi penghubung di antara Labis dan Muar tanpa mengira masa termauk ketika waktu persekolahan.

“Pemasangan lampu isyarat di lokasi ini juga bukan atas desakan mana-mana parti politik, tetapi dilakukan atas dasar keperluan dan kemudahan orang ramai khususnya di Parlimen Labis dan Dun Tenang,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat baru-baru ini.

Mohd Azahar mencuba lampu isyarat baharu di hadapan Sekolah Agama Labis
Mohd Azahar mencuba lampu isyarat baharu di hadapan Sekolah Agama Labis

Menurutnya, lampu isyarat tersebut juga sedah mula beroperasi pada 23 Februari lalu dan beliau akan mencadangkan supaya dibina lintasan zebra di hadapan sekolah tersebut dan  meminta ibu bapa supaya terus mengawasi anak-anak mereka walaupun lampu isyarat sudah dipasang.

“Jalan ini memang sibuk terutamanya pada pukul 3.30 dan 6.30 petang kerana waktu ini pelajar sekolah ingin pulang ke rumah dan ibu bapa pula mengambil anak-anak mereka dan meletakkan kenderaan di bahu jalan sahaja.

“Isu keselamatan jalan raya di sini sentiasa diambil berat dan para pengguna jalan raya termasuk pelajar sekolah juga diharapkan lebih berdisiplin semasa menggunakan jalan tersebut agar kejadian tidak diingini tidak menimpa diri mereka,” katanya.

Sementara itu, bagi Norhasimah Mohd Noor, 53, dia mampu menarik nafas lega apabila tidak perlu risaukan lagi keselamatan anak bongsunya, Syakirah Dzulkarnain, 12, ketika melintas jalan untuk pergi ke sekolah agama.

Menurutnya, anaknya juga pernah menjadi mangsa kemalangan di laluan tersebut apabila dilanggar oleh sebuah motorsikal yang ditunggang laju dari arah Labis-Muar ketika hendak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan.

 “Isu keselamatan pelajar di laluan tersebut bukan isu baharu dan inisiatif pemasangan lampu isyarat adalah langkah yang tepat terutamanya kepada para pelajar seperti anak saya yang pergi ke sekolah bersendirian.

“Bukan semua ibu bapa mampu menghantar dan menjemput anak mereka ketika pergi dan pulang dari sekolah kerana terdapat ibu bapa yang bekerja ketika itu dan terpaksa berserah kepada takdir agar anak kami sentiasa selamat,” katanya.

(Visited 594 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!