SEGAMAT – Orang Kelainan Upaya (OKU) terutamanya pelatih pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negara ini tidak lagi dianggap sebagai masyarakat terpinggir atau menjadi mangsa diskriminasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, malah golongan tersebut diberi perhatian dan penghargaan oleh kerajaan jika mereka mampu merebut peluang yang disediakan melalui sistem dan dasar pendidikan negara sekarang.

“Di era pembangunan negara masa kini, golongan tersebut (OKU) juga turut menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan yang berguna kepada negara sama seperti insan normal yang lain.

Ayub (barisan kedua, tengah) ketika merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sinar Munawwarah di Bukit Siput
Ayub (barisan kedua, tengah) ketika merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sinar Munawwarah di Bukit Siput

“Kerajaan yang ada hari ini prihatin terhadap nasib masa depan golongan itu asalkan mereka mampu merebut peluang-peluang yang disediakan kerana kerajaan juga tidak pernah meminggikan golongan ini,” katanya.

Ayub yang juga Adun Kemelah berkata dalam ucapannya ketika merasmikan Hari Bertemu Pelanggan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sinar Munawwarah di Bukit Siput, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir pengerusi PDK Dun Kemelah, Datin Aryani Abdullah dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat, Mohd Azizul Ibrahim.

Menurutnya, permasalahan mengenai isu pembangunan modal insan OKU serta sumbangan mereka juga memerlukan kerjasama daripada tokoh akademik dan masyarakat yang pada masa sama dapat memberi buah fikiran yang menjurus kepada penyelesaian permasalahan tersebut.

“Ini juga bertujuan meneliti cabaran dan isu melibatkan modal insan OKU khususnya krisis keyakinan diri OKU di era globalisasi ini serta mengenal pasti permasalahan yang bersifat dasar bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya.

(Visited 561 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!